Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Shila Amzah Tak Boleh Terima Teguran Peminat Melayu?


Semua tahu yang kini Shila Amzah memang satu nama besar di tanah besar China.

Kejayaan Shila secara tidak langsung telah membawa nama Malaysia ke mata dunia.

Namun, ramai pihak berpendapat bahawa Shila seakan kacang melupakan kulit, apabila dilihat tidak dapat menerima kritikan daripada peminat Melayu yang memberi teguran mengenai persembahannya di Shanghai, China baru-baru ini.

Dengan memuat naik status Me-layu :), Shila dianggap sesetengah pengikut Instagramnya yang dia tidak boleh menerima teguran daripada peminatnya itu.


Malah ada yang menganggap Shila seakan merendah-rendahkan peminatnya di tanah air dan lupa asal-usulnya.

Sesekali tak salah kalau peminat nak tegur, cuba ambil secara positif..

Tapi peminat pun perlu menulis dengan cara berhemah agar tidak menyinggung perasaan orang yang ‘dihentamnya’ itu. Tak gitu? 
sumber– MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "Shila Amzah Tak Boleh Terima Teguran Peminat Melayu?"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info