Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Wanita Bunuh Harimau Hanya Dengan Penyodok


INDIA – Seorang wanita warga emas yang berusia 54 tahun menunjukkan keberanian luarbiasa apabila dia berjaya membunuh harimau bintang yang menyerangnya, hanya dengan menggunakan penyodok.

Kejadian berlaku ketika Kamla Devi berjalan pulang dari ladang ke rumahnya.

Dia terpaksa bertarung selama sejam bagi menyelamatkan diri dan berjalan pulang kira-kira setengah batu dalam keadaan cedera sebelum mendapat pertolongan.

Kamla mengalami kecederaan dengan luka yang dalam di bahagian kepala dan kaki serta menerima lebih 100 jahitan.

Selain itu, tangan kanannya juga patah. Kamla bagaimanapun berada dalam keadaan stabil.

Sementara harimau itu pula ditemui mati berhampiran kampung Kamla iaitu Koti Bodna di Rudarprayag.

Dalam pada itu, pakar hidupan liar, Lakhpat Rawat terkejut dengan kejadian yang menimpa Kamla dan bagaimana dia melawan binatang tersebut.

“Biasanya harimau akan berundur apabila mendapati lawannya lebih kuat dan ia mengambil masa dalam beberapa minut sahaja.

“Namun dalam kejadian ini, harimau itu menyerang hampir sejam. Mungkin disebabkan kecederaan yang dialami oleh wanita itu menyebabkan harimau tersebut mahu membunuhnya,’’ katanya.
sumber:http://mynewshub.my
0 Komentar untuk "Wanita Bunuh Harimau Hanya Dengan Penyodok"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info