Malah sampai satu peringkat ada yang nak memboikot bayar zakat kepada pihak berkuasa yang dilantik mengendalikannya dan bertegas hanya mahu memberi sendiri zakat kepada mereka yang dirasakan layak.
Sebenarnya tidak adil menyalahkan pejabat zakat kerana ramai yang tidak tahu betapa banyak bantuan yang telah diberikan kepada golongan asnaf ini, bezanya kita HANYA BERMINAT memfokuskan pada kes-kes terpencil dan ‘melupakan’ kebaikan yang dilakukan.
Adalah mustahil pejabat zakat yang kecil dan mempunyai pegawai yang terhad itu MAMPU mengenalpasti kesemua umat Islam di negara ini yang dikategorikan sebagai golongan yang layak mendapat zakat.
Menyedari kritikan yang dilemparkan, Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengambil inisiatif mempelawa orang ramai agar menjadi ‘sebahagian’ daripada mereka menjalankan kerja-kerja kebajikan ini.
Ini sangat menarik, pada mana-mana individu yang hanya pandai cakap dan mengkritik itu, inilah masanya untuk berganding bahu dengan LZS, jangan hanya pada ‘komplen’ dan memberi pelbagai alasan bagi mengelak daripada membayar zakat.
Tunggu apa lagi?
sumber:http://mynewshub.my
0 Komentar untuk "ZAKAT: Pada Yang Asyik ‘Komplen’, Jom, Jadi Sukarelawan!"