Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Zul Ariffin: Saya Kena Paksa Diri Untuk Jadi Gembira, Tak Kosong Masalah


Nama Zul Ariffin memang sedang meniti bibir peminat dunia hiburan ketika ini dek kerana dramalakonan beliau berjudul Rindu Awak 200% memang mendapat sambutan hangat sekali gus membuatkan jejaka berusia 29 tahun ini dalam senarai igauan para wanita. Heh.

Ramai sedia maklum akan hubungan Zul Ariffin dengan penerbit filem, Gayatri Su-lin Pillai sejak dua tahun lalu namun sejak kebelakangan ini agak kurang kisah mereka berdua muncul di mediaselain daripada masing masing mengakui terlalu sibuk dengan kerjaya.

“I‘m not married, yet single. No status. Apa yang boleh saya katakan, perjalanan karier sangat bagus tetapi kisah peribadi, semuanya tidak berapa baik. Kisah peribadi ini mungkin berkaitan keluarga dan bukan hubungan cinta semata-mata”

“Yang pasti saya tak boleh lari, perlu menanganinya. Apa yang pasti, setiap projek yang bermula 2014, saya terganggu, tidak tenang dan tak teruja. Saya kena paksa diri untuk jadi gembira”

“Sebab apa, saya tak boleh kongsi kerana saya memang tak suka kongsi masalah saya dengan sesiapa sahaja termasuklah emak saya sendiri. Namun, saya bersyukur Alhamdulillah kerana untuk tahun 2014 ini, rezeki saya terbuka mencurah-curah,“ jelasnya.


sumber: http://www.rotikaya.com/
0 Komentar untuk "Zul Ariffin: Saya Kena Paksa Diri Untuk Jadi Gembira, Tak Kosong Masalah"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info