Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

5 Tempat Paling Unik Dan Menakjubkan Di Dunia


The Great Blue Hole atau lubang biru yang besar. Ini terletak di perairan Belize atau sekitar 70km dari pusat bandar Belize. Kolam ini nampak unik saat dilihat dari atas. Kelihatan seperti bulatan biru gelap didalam dikelilingi warna biru muda ditepinya.

Kawah Putih Indonesia, di Indonesia. Apa yang menarik? kawah ditempat inilah daya tarikan utamanya iaitu kawah putih yang sangat indah dengan kabut putih yang cukup tebal sehingga kita serasa berasa diatas awan. Kawah ini terletak kira-kira 50km dari bandar bandung. Kawah ini berwarna putih kerana kandungan sulfur atau belerang yang sangat tinggi.

The Wave, berada di wilayah sempadan antara Arizona dan Utah di Amerika Syarikat, ini berada di lereng Colorado. The Wave mungkin sudah tidak asing bagi kita kerana sering terpampang sebagai wallpaper PC atau Handphone. Ini disebut The Wave kerana terbentuk formasi dari batu pasir yang bergaris tak beraturan dengan warna coklat muda dan orange.

Di Salar de Uyuni, Bolivia, Ini sebenarnya adalah tanah dengan luas 10.582km persegi yang terdiri daripada padang garam. Warna putih dan biru mendominasi daerah ini. Kadang genangan air dan garam memantulkan panorama langit secara sempurna hingga tak kelihatan batas antara langit dan bumi.
Pamukkale, Turki. Tempat ini kelihatan seperti kolam renang yang bertingkat dan lebih unik lagi tempat ini mempunyai air yang jernih sehingga kelihatan putih dan biru semulajadi. Pamukkale bermakna istana kapas, ini sesuai kerana jika dilihat dari kejauhan wilayah ini akan seperti gumpalan kapas.
sumber: http://dairishare.blogspot.com/
0 Komentar untuk "5 Tempat Paling Unik Dan Menakjubkan Di Dunia"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info