Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Amy Search Nafi Buat Persediaan Kahwin Nabila

 "Eh... saya pun tidak tahu yang dia nak berkahwin kerana tiada perbincangan mengenai perkara itu antara saya dan Nabila.

"Apatah lagi persiapan kahwin seperti yang diperkatakan," katanya.
Amy Search menafikan dia sedang membuat persiapan perkahwinan untuk anaknya, iaitu pelakon Nabila Huda seperti yang diperkatakan baru-baru ini.

Menurut Amy, juga terkejut dengan berita tersebut kerana sehingga kini dia dan Nabila langsung tidak berbincang mengenai perkara berkenaan.

Baru-baru ini, Nabila dikatakan bakal berkahwin dengan kekasihnya dalam masa terdekat dan mereka dikatakan sedang membuat persiapan perkahwinan.

Sebelum ini hubungan Amy dan Nabila pernah menjadi renggang gara-gara penyanyi itu menegur anaknya di laman Instagram dengan nada kasar selepas Nabila memuat naik gambar percutian dengan kekasihnya di luar negara.

Tambah Amy, dia tidak mempunyai masalah untuk merestui Nabila dan pasangannya jika mereka benar-benar sedia mahu berkahwin.

Dalam perkembangan lain, Amy bakal berduet dengan anaknya itu menerusi persembahan konsert solonya di Singapura pada 20 September ini.

"Insya-Allah Nabila akan menjadi artis jemputan pada konsert solo saya. Kami akan berduet sebanyak dua buah lagu.

"Tetapi sehingga kini dia masih lagi kurang berkeyakinan untuk melakukan persembahan itu. Risau katanya.

"Mungkin kami juga akan berkongsi pengalaman hidup kami sebagai ayah dan anak sebelum memulakan persembahan. Tak pasti lagi," ujarnya.
sumber: kezoom
0 Komentar untuk "Amy Search Nafi Buat Persediaan Kahwin Nabila"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info