Ashraf Muslim Nasihatkan Isteri Jangan Upload Gambar Bersama - HAI, dah kenapa pula aktor Ashraf Muslim membuat keputusan enggan membenarkan kedua-dua isterinya, iaitu Dayana Lokman dan Wan Sakinah memuat naik gambar mereka bersama seperti mana yang dilakukan mereka sebelum ini?
Oh rupa-rupanya Ashraf enggan orang-orang di luar sana bercakap yang bukan-bukan mengenai mereka sekeluarga kerana sebelum ini ada sahaja komen-komen yang kurang enak dilontarkan kepada Ashraf.
“Saya pun tak faham apa yang salahnya gambar-gambar tersebut. Takkan kedudukan isteri pertama dan kedua yang diambil juga menjadi satu masalah?
“Untuk tidak membiarkan hal tersebut menjadi cakap-cakap orang, saya menasihati mereka agar tidak memuat naik lagi gambar-gambar bersama. Dari gambar juga boleh menimbulkan fitnah.
“Bila sudah jadi macam ni, saya tegur mereka. Dan nampaknya mereka faham dan dengar. Kalau ada pun yang dimuat naik adalah gambar masing-masing,” katanya memetik MediaHiburan.
Kesian juga kalau jadi Ashraf ni, mereka sekeluarga nak berkongsi kebahagiaan dengan orang luar pun tak boleh.
Ada je tak kena di mata pengikut laman sosial mereka.
Tak mengapalah, buatlah yang terbaik buat anda sekeluarga Ashraf dan yang penting perkara sebegini tidak menganggu keharmonian dan kerukunan rumah tangga mereka.
sumber – MyNewsHub
0 Komentar untuk "Ashraf Muslim Nasihatkan Isteri Jangan Upload Gambar Bersama"