Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Ayda Jebat Tak Kesal Di Buang Universiti

Ayda Jebat menerusi sebuah portal mengakui bukan mudah untuk beliau sampai ke tahap kini sehingga pada satu ketika dia dibuang dari universiti kerana terlalu mengejar cita cita untuk bergelar artis dengan menyertai program realiti Akademi Fantasia.

“Ketika saya dipilih untuk menyertai Akademi Fantasia 9 pada tahun 2011 saya masih belajar di Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan muzik tetapi pihak universiti tidak benarkan untuk saya mengambil cuti khas bagi menyertai mana-mana rancangan realiti”

“Setelah fikir secara masak-masak saya pilih untuk menyertai AF8 & dalam masa yang sama pihak universiti terpaksa memberhentikan saya dan ketika itu saya tinggal lagi dua semester sahaja untuk tamatkan diploma. Saya memang sedih sangat dan menangis tidak henti ketika itu,” ujarnya.

Menurut Ayda Jebat lagi, beliau tidak menyesal dengan semua keputusan yang dibuat kerana rakan rakan yang tamat pengajian ada yang masih mencari kerja namun bagi dirinya rezeki dalam dunia hiburan bertambah.

“Saya tidak menyesal dengan keputusan saya itu biarpun nasib saya sebagai penyanyi tidak begitu menyerlah, namun saya terima rezeki dalam industri seni ini sebagai seorang pelakon”

“Saya lihat kawan-kawan saya yang habis belajar masih lagi mencari-cari kerja, ada yang hubungi saya semula untuk mendapatkan peluang,“ tambahnya lagi.
sumber:kezoom
0 Komentar untuk "Ayda Jebat Tak Kesal Di Buang Universiti"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info