Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Malaysia Di Landa Gempa Bumi & Tsunami?

Berikutan tersebarnya berita Malaysia bakal dilanda gempa bumi dan tsunami Semenanjung Utara, Jabatan Meteorologi Malaysia meminta orang ramai mengabaikan sebarang maklumat palsu mengenai kejadian gempa bumi dan tsunami tersebut.


Maklumat palsu itu tersebar meluas menerusi aplikasi Whatsapp dan laman sosial
Facebook hari ini.

Jabatan Meteorologi menerusi kenyataan akhbar dalam laman rasmi
Facebook memberitahu, pihaknya sedang menjalankan Latihan Komunikasi Indian Ocean Wave (IOWAVE14) pada hari ini dan esok.

Jabatan Meteorologi memberitahu, latih amal itu penting untuk menguji prosedur-prosedur Sistem Amaran Lautan Hindi termasuk negara ini serta mengenal pasti kelemahan dan kekangan operasi setiap negara.

"IOWave14 akan meletakkan negara-negara di sekitar Lautan Hindi dalam situasi amaran tsunami dan memerlukan keputusan pihak kerajaan.

"Ini merupakan susulan latihan amal di Lautan Hindi yang pernah diadakan pada 2009 di Langkawi dan 2011 di Kuala Muda," kata jabatan itu dalam kenyataan di sini hari ini.



Notis Latihan Komunikasi Indian Ocean Wave (IOWAVE14)
Menurutnya, latihan amal itu akan dibahagikan kepada dua peringkat iaitu penyampaian maklumat tsunami daripada sumber gempa bumi di Jawa Selatan dan Makran Trench daripada Regional Tsunami
Service Providers (RTSPs) di Australia, India dan Indonesia kepada Pusat Amaran Awal Tsunami di setiap negara.

"Ini akan disusuli dengan peringkat kedua apabila negara penerima maklumat akan menganalisis dan membuat keputusan berdasarkan keupayaan ramalan sedia ada. Agensi kerajaan akan mensimulasikan prosedur pengeluaran hingga ke langkah terakhir sebelum diserahkan kepada pihak komuniti.

"Agensi pengurusan bencana seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) juga berpeluang menguji prosedur ditetapkan serta kelancaran sistem komunikasi dan koordinasi di antara agensi berkenaan," ujar kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, latih amal tersebut telah dikendalikan oleh MetMalaysia dengan kerjasama MKN sejak 2006 di Kuala Teriang, Pantai Cenang, Batu Feringghi, Kuala Muda, Kuala Kedah, Seberang Takir, Miri, Kudat, Lahad Datu, Kunak, Tuaran dan Labuan.

"Sekiranya berlaku ancaman tsunami sebenar dalam tempoh dua hari latih amal tersebut, segala latih amal akan dihentikan serta merta," kata kenyataan tersebut.
sumber:kezoom
0 Komentar untuk "Malaysia Di Landa Gempa Bumi & Tsunami?"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info