Nama sebenar model empat pintu yang ketika ini menggunakan kod Proton Compact Car (PCC) itu akan diumumkan pada majlis pelancarannya di kilang pemasangan model itu di Tanjung Malim, Perak.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, model dalam segmen B itu akan dibuka untuk tempahan bermula hujung minggu ini di semua bilik pameran dan jualan Proton seluruh negara.
“Kami ketika ini sedang menunggu kelulusan akhir mengenai harga daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
“Bagaimanapun, kami percaya harga yang bakal diketahui pembeli yang menempah kereta ini pada akhir minggu ini adalah harga yang berdaya saing,” katanya selepas taklimat mengenai mengenai model terbaru Proton di sini, hari ini.
Model itu ditawarkan dalam dua varian iaitu 1.3 liter dan 1.6 liter VVT dengan beberapa ciri menarik yang dipadankan seperti sistem kawalan cengkaman (TCS), sistem anti brek (ABS), kawalan kestabilan elektrik (ESC), sistem bantuan bukit, sistem tanpa kunci, pengagihan brek elektronik (EBD) dan sistem yang membuka kunci pintu secara automatik sekiranya berlaku kemalangan.
sumber:kezoom
0 Komentar untuk "Gambar Proton Iriz (Ext & Int) Bakal Lancar Pada 25 September"