Kata Gayatri, dia sendiri tidak pasti status apakah yang dikatakan itu kerana dia jarang memberi tumpuan kepada media sosial peribadi miliknya atau pun orang lain.
"Saya tidak perlu berbuat demikian kerana tidak mempunyai sebarang masalah dengan aktres tersebut.
"Tambahan pula saya jarang beri perhatian terhadap media sosial dan saya terkejut juga apabila dikatakan memuat naik status menyindir Ayda,"
Dalam pada itu, Gayatri berkata, sebagai seorang manusia biasa dia menganggap sikap cemburu dalam sesuatu hubungan adalah perkara normal dan dia tidak terkecuali daripada perasaan itu.
Bagaimanapun kata Gayatri, sebagai seorang penerbit filem dia profesional dan memahami situasi kedua-dua pelakon itu yang perlu mempromosikan drama berkenaan.
"Jika saya tidak cemburi pasti ada seauatu yang tidak kena dalam hibungan kami tetapi saya profesional dan begitu juga mereka. Isu itu hanya diperbesar-besarkan oleh orang lain," jelasnya.
Sementara itu, Gayatri berkata, hubungannya dengan Zul masih berjalan seperti biasa namun dia enggan bercakap lanjut mengenainya.
"Saya jarang bercakap soal peribadi kerana ia tidak akan berkesudahan tetapi apa yang boleh saya katakan hubungan kami masih berjalan seperti biasa," ujarnya.
sumber:kezoom
0 Komentar untuk "Gayatri Akui Cemburu Namun Terkejut Dituduh Sindir Ayda Jebat"