Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Kisah & Luahan Perasaan Ibu , Anak Darjah 3 Ditampar Kuat Guru Sekolah.


 Sebelum ini heboh dan gegak gempita satu malaysia lantas dek kerana kerana kisah ibubapa yang terus tampil menjadi benteng terakhir mempertahankan dan membela anak apabila didakwa dianiayai guru sekolah apabila mendakwa guru sekolah tersebut tergamak menampar “anak kesayangannya”. Dunia sudah terbalik sekarang….

Teringat di zaman kanak-kanak dan muda remaja dahulu.Andaikata jikalau ditampar dan disebat guru sekolah dahulu, pastinya secara automatiknya akan tergantung “mangga solex” dibibir mereka sehingga membuat budak-budak zaman dahulu terkuncidiam seribu bahasa untuk mengadu kepada ibubapa apabila pulang ke rumah.

Hukuman diterima ditelan sendirian dek kerana perasaan bercampur baur berhadapan hukuman seterusnya apabila tiba di rumah. Dahulu, ayah berdehem balik Suboh dari masjid sahaja masing-masing tidak keruan masuk ke bilik airmandi. Sampai begitu sekali. Apatah lagi mahu mengadu kepada ayah tersayang di rumah? Agak-agak apa respon si ayah?


“Zassssss…….”

Jikalau tidak “roti panjang” yang hinggap dibelakang badan atau paling tidak pun dimarahi di rumah pula. Pilih sahaja antara dua. Kisah yang berlaku baru-baru yang tidak perlu Berita Semasa ulang semula, kerana pastinya pembaca Berita Semasa sudah sedia maklumkan berita tersebut. tetapi, kes sebegitu rupa bukan pertama kali berlaku dalam negara, sudah banyak kali.
Ibubapa Lepas Bulat-Bulat TanggungJawab Kepada Guru Sekolah?

Ibubapa yang dijemput untuk datang ke sekolah melihat prestasi kemajuan anak-anak di sekolah, tidak hadir
Ibubapa dijemput ke mesyuarat PIBG untuk memberikan buah fikiran dan bersama-sama memajukan prestasi anak-anak mereka di sekolah, tidak juga hadir
Tetapi ibubapa seperti ini hanya akan hadir dengan wajah bengis dan garang mereka apabila anaknya “disentuh”. Oh…..Anakku Sazali

Ya….besar ujian guru-guru sekarang dalam mendidik anak-anak murid di sekolah.

Inilah kisah dan luahan hati seorang ibu apabila berhadapan dengan situasi anaknya ditampar kuat oleh guru sekolah. Lain ibubapa, lain cara dan silatnya….
Kisah & Luahan Perasaan Ibu (Zeeda Aziz), Anak Darjah 3 Ditampar Kuat Guru Sekolah


Anak aku darjah 3. Pernah ditampar kuat oleh cikgu. Dia tak cerita pun. Hanya selepas beberapa bulan, itupun sebab aku tanya samada pernah tak cikgu tampar atau pukul, barulah dia mengaku.
Aku tanya, kenapa tak cerita kat mommy? Jawabnya, takut mommy marah.

Good! Ini betul2 anak mommy. That is how you learn about life, my son. Not every single thing nak mengadu pada mommy. Kalau jatuh calar pun mommy akan cakap “Alaa, sikit je. Not that bad.”

Anak-anak aku lebih takut aku dari guru mereka. Knowing that his teacher once slapped him, I hired her to be my kids private tutor. She meets my requirement. Tegas. Old school teaching method.

Kita hidup dalam dunia yang mencabar. Sekolah adalah tempat persediaan untuk menghadapi dunia akan datang. Jika setakat dirotan tampar pun nak mengadu dengan mak, nanti bila dimarah bos, merajuk berhenti kerja, balik kampung duduk dengan mak. Dasar tak boleh kena marah.

Aku tanya Danish hari ini, cikgu mana yg dia paling suka/admire. Without hesitation, Danish jawab, “My English teacher.” There you go. Hanya satu tamparan, meninggalkan kesan ke dalam diri dia, dan itu membuatkan Danish sangat berminat dengan kelas Bahasa Inggerisnya.

Ada ibubapa berpendapat hubungan anak dan ibubapa sepatutnya jadi seperti bff. Benarkah ada hubungan bff di zaman ini? Ibubapa balik rumah pegang smartphone, sibuk ber’whatsapp’ dan ber’facebook’.
Siapa bff anak? TV? Tablet?
Siapa yang mendisiplinkan anak? Upin & Ipin?
Permainan anak2 yang bersepah dikemaskan bibik.
Siapa yg mendidik anak supaya menjadi lebih bertanggungjawab?

Beban ini kemudiannya ditanggung oleh guru-guru di sekolah. Pelajar menjadi nakal kerana tidak dipedulikan di rumah. Namun, bila pelajar menerima hukuman, ibubapa bertindak seperti panglima perang datang menyerang. “Usah jentik anak aku, sebab aku sendiri tak pernah marah anak aku di rumah”.

Exactly!
sumber: http://beritasemasa.com.my/
0 Komentar untuk "Kisah & Luahan Perasaan Ibu , Anak Darjah 3 Ditampar Kuat Guru Sekolah."

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info