Di awal tulisannya, Chong turut memberi amaran kepada mereka yang mahu membeli Toyota Vios supaya berhati-hati. Berikut adalah alih bahasa dari status yang dimuat naik oleh Chong Bee Yock :
Amaran kepada pengguna yang berniat mahu membeli Toyota Vios(baru)...jangan beli sekarang sebelum anda menyesal. vios ini ada banyak masalah dan Toyota Malaysia tidak akan selesaikannya tapi terus menafikan masalah tersebut.
Wakil dari Bahagian Perhubungan Pelanggan, Mr. Wong Chee Hong; Peruding Teknikal, Mr. Ng Hua Yooi dan En. Mohd Nazri Mohd Said berada dalam kerata saya ketika memeriksa kereta saya. Ketika kami pergi ke Toyota Seremban Servis Centre. Bonggol dengan ketinggian HANYA 2 INCHI sudah ada bunyi seretan terlebih muata. Saya segera memberhentikan kereta sebelum melepasi bonggol(0KM/HR).
En. Ng Hua Yooi berkata yang kereta ini ada masalah dan akan tolong saya selesaikan masalah itu. Setelah seminggu, Mr. Won``g Chee Hong ini menelefon saya dan kata kereta ini tiada masalah! Masalah yang ada ialah saya tak boleh memuatkan 5 orang ketika menghadapi bonggol. Dia juga berkata yang Toyota tak boleh ambil orang jika tak mahu ada masalah ini. Dia cuma mengarut. Entah apa-apa.
Toyota Vios juga kuat makan minyak. Bila saya beli kereta ni, mereka kata yang kereta ni hanya guna RM0.17/KM tapi saya guna RM78 untuk memandu 308KM! Ini bermakna saya guna RM0.25/KM(78÷308). Kereta Honda City 1.3 Auto 1997 milik saya hanya guna RM70 untuk 371KM. Honda City lama ni hanya guna RM0.18/KM. Toyota hanya tahu menipu pelanggan untuk beli kereta yang kualitinya lebih teruk dari Proton Malaysia. En. Mohd Nazri Mohd Said mengaku yang kereta ni ada masalah pada mulanya, tapi bila mereka tak boleh buat apa-apa, mereka kata kereta ni tak ada masalah.
Toyota Vios juga ada masalah bunyi bumbung bila hujan. Sama seperti pengguna Toyota Malaysia guna tin Milo sebagai bumbung Vios. Bila hujan, penggera akan 'trigger' dengan automatik. Adakah kereta Proton lagi teruk dari ni? Tidak! Mereka telah memeriksa kereta saya selama 9 bulan mereka cuma menyelesaikan masalah penggera dan bumbung. Masalah makan minyak dan bunyi geseran lebih muatan masih tak boleh diselesaikan dan disimpulkan yang Toyota Vios tak ada masalah!
Mr. Ng Hua Yooi kata yang cara pemanduan yang bermasalah. Saya dah memandu lebih dari 30 tahun. Bila saya pandu Toyota Vios = Ada Masalah. Bila saya pandu Honda City = Tak Ada Masalah. Sekarang ni TOYOTA VIOS YANG BERMASALAH KE SAYA YANG BERMASALAH!?
sumber:kezoom
0 Komentar untuk "Pembeli Toyota Vios Menyesal, Lebih Teruk Dari Proton "