Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Peminat Gila Ancam Noradanish

 Manusia hidup dengan pelbagai kerenah. Tambah pula bagi seorang selebriti, terkini ialah Nora Danish yang menerima komen berbentuk ancaman dari seorang pengikutnya iaitu @muhd_akmal95 di laman sosial Instagram miliknya.

Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 32, turut diancam oleh individu yang sama yang mengajak pengikut-pengikut lain untuk mero-gol pelakon itu secara beramai-ramai.

"Ro-gol jer @noradanish ni ramai-ramai, baru best," kata @muhd_akmal95 berulang kali pada petang Jumaat.

Jumaat lalu, Nora memuatnaik foto dia membonceng sebuah motosikal yang ditunggang oleh kekasihnya, Nedim Nazri dengan caption:

"I was from Ikea with mama and all. And stuck in a bad heavy traffic depan Tun Razak, He came and rescue me with gg scooter. Home we schootch."

Komen negatif itu telah mengundang kemarahan pengikut Nora Danish dengan menyifatkan individu tersebut sebagai seorang lelaki yang tidak senonoh.

Malah, pengikut-pengikut Nora meminta pelakon itu mengambil serius terhadap komen @muhd_akmal95 kerana ia berbau ancaman dan boleh membahayakan keselamatan dirinya.

Peminat Nora meminta dia untuk membuat laporan polis bagi membersihkan namanya daripada terus dipergunakan pihak tidak bertanggungjawab.

"Saya mencadangkan supaya @noradanish dan @bossned_ (Nedim) membuat laporan polis terhdap @muhd_akmal95 . Komen dia sudah melebih-lebih," kata @nzaifa.
sumber:kezoom
0 Komentar untuk "Peminat Gila Ancam Noradanish"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info