Tidak dapat dibayangkan betapa remuknya hati seorang bapa apabila melihat anak perempuan berusia 9 tahun melambung di depan mata dirempuh kereta ketika melintas jalan bersama ibu mentuanya dekat simpang Kampung Tambalang Bolong di Jalan Sulaman, pagi tadi.
Dalam kejadian menyayat hati itu, Nursyahidatul Mohd Saiful melambung lebih lima meter manakala neneknya Rozilah Wati Mitang, 59, tercampak kira-kira tiga meter sebaik dirempuh kereta Perodua Viva dipandu seorang wanita.
Kedua-dua insan malang itu dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala dan badan.
Sejurus sebelum kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, lelaki Brunei berusia dalam lingkungan 30-an terbabit dikatakan sedang menunggu anaknya di seberang jalan untuk dihantar ke sekolah.
Nursyahidatul dikatakan tinggal bersama neneknya di sebuah rumah di tepi jalan berkenaan.
Nursyahidatul dan neneknya berpimpin tangan ketika melintas jalan apabila kereta yang dipandu seorang wanita berusia 24 tahun dikatakan gagal mengelak dan merempuh kedua-dua mangsa.
Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Abdul Fuad Abdul Malek ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
sumber:kezoom
Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini
Popular Posts
-
6 anggota polis yang terbunuh dalam serangan hendap pengganas Sulu di Semporna pada 2 Mac tahun lepas ditemui dalam keadaan mengerikan. Men...
-
KENANGAN bekerja menjadi maskot Along banyak mendedahkan Beto ke dunia lakonan. PELAKON Beto Kusyairy mempunyai kelompok peminatny...
-
GAMBAR YANA SAMSUDIN MEMEGANG BREAST PUMP POPULAR DI INTERNET | Pelakon, Yana Samsudin telah memuatnaik satu gambar 'panas' di akaun...
-
NIBONG TEBAL - Seorang lelaki cedera parah di paha kanan selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat simpang empat Jalan Mengkuang, Bu...
-
Pengarah filem Pierre Andre mengakui mengalami pelbagai gangguan ketika mejalani pengambaran filem seram terbarunya berjudul Jin. Malah menu...
-
Seri pengantin cukup terserlah di wajahnya yang jelita dan anggun bertudung pada petang itu. Maklumlah, belum sampai sebulan pun pelakon ...
-
Seorang wanita di Tumpat, Kelantan berjaya menewaskan saka hantu raya yang ingin merogolnya telah mencetuskan kekecohan di laman sosial. ...
-
Rita Rudaini Mokhtar ketika hadir dalam prosiding perbicaraan kes tuntutan nafkah untuk dua anak daripada Mohd. Aidil Zafuan Abd. Razak d...
-
PELAKON , Ashraf Muslim menarik perhatian umum dengan berita perkahwinan keduanya dengan Wan Sakinah Ahmad Shaburi, dua minggu lalu. Seja...
-
OTHMAN dan isteri, Radhiah Penjot, 64, menunjukkan geran motosikal yang didaftarkan atas namanya. Teka-teki mengenai siapa pemilik sebenar...
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
0 Komentar untuk "Pilu Lihat Anak & Ibu Maut Di Rempuh Depan Mata"