Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Puja Mayat Anak Harap Hidup Kembali |

 Akibat taksub dengan kepercayaan karut, sepasang suami isteri sanggup menyembunyikan kematian bayi mereka sejak Selasa lalu bagi membolehkan upacara pemujaan roh dijalankan kononnya untuk ‘menghidupkan’ semula bayi berkenaan.

Difahamkan, bayi lelaki itu adalah anak pertama hasil perkahwinan pasangan berusia 27 dan 30 tahun berkenaan yang dipercayai dilahirkan kira-kira jam 1 pagi pada hari kejadian di sebuah rumah sewa di Jalan Lapangan Terbang, di sini.

Bagaimanapun, bayi berkenaan meninggal dunia ketika dilahirkan sebelum pasangan itu dengan dibantu kedua-dua ibu mereka melakukan ritual karut bagi menghidupkan semula bayi berkenaan.

Sumber berkata, selepas gagal dalam ritual itu, bapa bayi itu menghubungi pemilik rumah sewa mereka bagi memaklumkan kematian bayi berkenaan yang kemudiannya melaporkan perkara itu kepada polis, kelmarin.

Katanya, pasangan terbabit bersama ibu mereka akhirnya akur bayi itu tidak dapat dihidupkan semula selepas cubaan mereka menjalankan upacara mistik berkenaan menemui jalan buntu.

“Mungkin atas sebab itu, lelaki terbabit menghubungi pemilik rumah memaklumkan kematian anaknya, selain dipercayai sudah mendapat kebenaran isteri serta ibu masing-masing.
sumber:kezoom
0 Komentar untuk "Puja Mayat Anak Harap Hidup Kembali |"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info