"Saya ditumbuk tanpa sebab,Saya tak ganggu keluarga mangsa (MH17), tiba-tiba saja satu tumbukan hinggap di muka saya...tumbuk curi," kata Aizuddin.
"Ketika itu petugas media mula menumpukan perhatian kepada saya kerana telah dikasari oleh seorang lagi ahli keluarga mangsa sehingga lensa kamera dan flash saya patah.
"Sebab itulah saya hairan mengapa saya diserang lagi sedangkan saya sudah tidak merakamkan apa-apa gambar ketika itu,"
Terdahulu, ketika urusan mengeluarkan jenazah daripada van jenazah, seorang individu secara tiba-tiba bertindak ganas terhadap seorang jurugambar Utusan Malaysia, Rushdi Salleh.
Aizuddin yang ketika itu berada di lokasi kajadian merakamkan insiden kekecohan tersebut hingga menimbulkan kemarahan lelaki berkenaan apabila menyedari tindakannya dirakamkan.
"Semasa di luar lagi saya sudah dikasari sehingga kamera rosak. Tapi ketika itu kekasaran tidak membabitkan sentuhan fizikal.
Menurut laporan akhbar, difahamkan, lelaki yang menumbuk tersebut dipercayai kenalan ahli keluarga mangsa MH17, mendiang Subashni Jretnam dikatakan cuba menghalang mangsa dari mengambil gambar.
Aizuddin ditugaskan untuk membuat liputan ketibaan jenazah MH17 di memorial berkenaan.
"Namun, ketika sedang merakamkan gambar, salah seorang dipercayai ahli keluarga mangsa menendang ke arah kameranya dan menyebabkan kamera rosak selain lensa patah.
"Selepas itu, saya membawa komponen kamera tersebut ke tempat lain untuk diperiksa dan bagi mengelakkan insiden menjadi lebih teruk sebelum rakan media lain mengambil gambarnya bersama kamera yang rosak.
"Bagaimanapun, datang seorang lagi lelaki juga dipercayai ahli keluarga mangsa tiba-tiba menumbuk muka dari arah belakang," katanya.
Tambah Aizuddin lagi, dia kemudiannya dibawa ke lobi oleh pekerja memorial di situ untuk membersihkan luka di muka.
Katanya lagi, dia kemudian dibawa ke sebuah klinik berhampiran sebelum laporan polis dibuat di Balai Sungai Besi kira-kira jam 1.06 petang.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
"Individu yang terlibat akan dipanggil bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," katanya.
sumber:kezoom
0 Komentar untuk "Wartawan Kena Tumbuk Cerita Detik Kejadian"