Penyampai radio AG (kanan) turut menziarahi Awal Ashaari di Melaka. Awal kini sudah dipindahkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
PETALING JAYA: Isteri kepada pengacara Awal Ashaari iaitu Scha Alyahya memberitahu suaminya mengalami sedikit trauma selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada Ahad.
Bagaimanapun, Scha, 32, berkata, mereka bersyukur apabila pemerikasaan sinar-X yang dilakukan di Hospital Melaka terhadap Awal tidak menunjukkan sebarang kecederaan serius.
"Alhamdulillah dia baik dan saya bersyukur dia tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius selepas pemerikasaan semalam (Ahad).
"Dia beritahu saya apa yang dia rasa cuma sedikit trauma sahaja," katanya.
Awal bersama rakannya Izuan Mokhtar yang terlibat dalam kemalangan pada Ahad.
Awal Ashaari terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) berdekatan Hentian Rawat & Rehat (R&R) Ayer Keroh, Melaka arah Selatan, pagi Ahad selepas kereta BMW yang dinaiki milik rakannya Izuan Mokhtar terbabas sehingga rosak teruk.
Awal bersama Izuan dalam perjalanan ke program Jom Heboh yang diadakan di Melaka bagi mengendalikan program siaran langsung Melodi.
Awal kemudian dibawa ke Hospital Melaka bagi membuat rawatan lanjut sementara Azuan yang memandu kenderaan berkenaan tidak mengalami kecederaan.
Dalam pada itu Scha berkata, Awal kini sudah dipindahkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur pada petang Ahad.
Namun, setakat ini dia masih lagi dalam pemerikasaan pihak hospital sebelum dibenarkan pulang.
"Dia sudah dipindahkan di sini (Kuala Lumpur) dan mungkin dalam beberapa hari lagi dia akan keluar. Semua itu bergantung kepada keputusan dan pemeriksaan doktor," ujarnya.
Sementara itu, usaha mStar Online untuk menghubungi Awal tidak berjaya kerana dia masih memerlukan rehat yang cukup.
Bagaimanapun, pada malam Ahad, Awal memuat naik status Instagram memberitahu tentang keadaannya kini dan berterima kasih kepada orang ramai yang membantu mengeluarkannya daripada kenderaan akibat kemalangan itu. - mstar
Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini
Popular Posts
-
Ashraf menjawab pertanyaan pihak media berhubung kontroversi pernikahannya. KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengamal perubatan Islam A...
-
Dear abang, Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. Abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk b...
-
Nafas terhenti bukan mati. Tapi, sebak simpati. Tiada cerita sebenar tercoret dari gambar ini. Melainkan photographer hanya dapat mema...
-
TANGGAL 13 Disember 2012 pasti tidak akan dilupakan oleh penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin kerana pada tarikh itu suaminya, Datu...
-
Ternyata adik Neelofa sangatlah cantik dan turut menjadi perhatian ramai lelaki budiman di luar sana.
-
Bila melihat gambar-gambar ini walaupun tanpa sempat baca cerita penuh pun, sudah cukup buat saya jadi sebak. Dalam suasana kehidupan yang ...
-
KULIM - Seorang guru maut dipercayai ditembak dua lelaki yang bermotosikal di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Keladi di sini tenga...
-
Gambar kesilapan Harian Metro yang paling memalukan. Mugkin sesuatu yang pelik dan menghairankan jika anda tidak mengenali akhbar Harian Me...
-
Kita biasa melihat model-model jelita yang menggayakan fesyen di laluan catwalk terjatuh, tergolek, terpelecok dan pelbagai aksi spontan ...
-
Dalam siaran akhbar tersebut, pihak JAIS telah mengesahkan bahawa aktor Shah Jaszle telah ditangkap berkhalwat pada pagi Khamis lalu di ...
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info

%2Bturut%2Bmenziarahi%2BAwal%2BAshaari.jpg)



0 Komentar untuk "Awal Ashaari Trauma Akibat Kemalangan - Scha Alyahya"