Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Pemandu Teksi Nafi Tumbuk 3 Gadis Myvi Dan Dedah Punca Kejadian Sebenar

Pemandu Teksi Nafi Tumbuk 3 Gadis Myvi Dan Dedah Punca Kejadian Sebenar | Berikutan tersebarnya video kes pergaduhan di stesen Petron Seksyen 7, Shah Alam semalam yang melibatkan beberapa gadis yang menaiki kereta Perodua MyVi yang memaki hamun lelaki usia pertengahan itu.

Video kedua pula menunjukkan lelaki terbabit yang juga seorang pemandu teksi bertindak kasar terhadap gadis-gadis berkenaan sehingga menyebabkan mereka berang dan tercetusnya perang mulut di antara kedua-dua pihak.

Punca kejadian itu berlaku kerana pemandu teksi berkenaan enggan memberi laluan kepada kereta Myvi itu walaupun sudah memberi isyarat masuk ke kiri termasuklah mengangkat tangan.

“Pemandu teksi itu enggan memberi laluan dan menghimpit kenderaan kami daripada masuk ke stesen minyak terbabit.
Sejurus masuk ke stesen minyak, teksi itu secara tiba-tiba datang dari kiri dan melanggar kenderaan kami beberapa kali,” kata Sharifah Fara Ryyana Syed Fareid.

Namun, itu hanya cerita dari sebelah pihak tiga gadis berkenaan yang mendakwa diri mereka sebagai mangsa dalam kejadian yang tidak diingini itu.

Tampil seorang lelaki yang mendedahkan dirinya adalah rakan sepejabat pemandu teksi berkenaan yang dikenali sebagai Cikgu Azmi.
1 Komentar untuk "Pemandu Teksi Nafi Tumbuk 3 Gadis Myvi Dan Dedah Punca Kejadian Sebenar"

Misi kk numpang share ya..!! jika ada yang berminat bisa langsung ke website kami
INFO AGEN JUDI ONLINE 988BET
AGEN JUDI ONLINE
AGEN JUDI
AGEN BOLA
PROMO BONUS 988BET
PREDIKSI BOLA

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info