Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy yang ditahan polis di Pagoh dekat sini kelmarin disiasat kerana dipercayai terbabit dengan rangkaian sindiket dadah yang mahu memindahkan makmal syabu mereka di Kuala Lumpur ke daerah ini.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, ini berdasarkan penemuan pelbagai peralatan dan bahan kimia di dalam kenderaan pelakon itu yang biasanya digunakan sindiket terbabit untuk memproses syabu.
Azman turut memberitahu, Benjy, 37, yang ditahan bagi membantu siasatan kes berkaitan dadah berdepan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan kerana kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Kita percaya mereka baru sahaja berpindah dari sebuah kawasan di MidValley, Kuala Lumpur ke daerah ini.
Jika dilihat kelengkapannya, pusat pemprosesan baharu untuk syabu ini mampu memproses dadah sehingga 5 kilogram (kg) pada satu masa”
“Kita juga menemui dadah jenis syabu seberat lebih 1.3kg. Bagaimanapun, kita masih lagi menjalankan siasatan lanjut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar di sini semalam.
Anak lelaki tunggal kepada pelakon terkenal, Allahyarham Azean Irdawaty itu ditahan semasa menaiki sebuah kereta Honda Jazz dalam satu sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak di Pagoh pukul 1.40 pagi kelmarin.
Sumber 1
Sumber 2
Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini
Popular Posts
-
Bila melihat gambar-gambar ini walaupun tanpa sempat baca cerita penuh pun, sudah cukup buat saya jadi sebak. Dalam suasana kehidupan yang ...
-
Kuala Lumpur: Dulu wanita ini dan pasangannya dibiar merempat bawah jejambat di tepi Sungai Klang, di sini, namun selepas kelahiran bayi su...
-
Meskipun dikatakan kahwin lari di Thailand pada 7 Julai lalu, namun majlis pernikahan Ashraf Muslim, 32 dan isteri keduanya, Wan Sakinah Ah...
-
Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Ella Sandera telah berkongsi pengalamannya yang hampir menjadi mangsa cabul seorang ustaz pa...
-
PETALING JAYA - Seorang wanita yang mempunyai empat anak menemui ajal di tangan suami sendiri yang bertindak mendera dengan memijak dan men...
-
Ketika berita meninggalnya pelakon dan pelawak yang memenangi anugerah Oscar, Robin Williams disiarkan, banyak orang memberikan penghormatan...
-
KUALA LUMPUR: Di sebuah kawasan tersembunyi berhampiran kawasan perumahan mewah di Ukay Heights, Ampang, adalah sebuah gaung hijau dengan t...
-
Satu kemalangan maut telah berlaku di daerah Kuala Lipis pada 6 Ogos lalu apabila sebuah bas dilaporkan telah bertembung dengan sebuah kere...
-
Apabila berlaku tragedi seperti nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh hingga mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal, pihak palin...
-
“Ia tuntutan wajib bagi saya. Semoga Tuhan terus tetapkan hati saya untuk berubah ke arah yang lebih baik. Saya mohon sentiasa dipermudahka...
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info



0 Komentar untuk "Simpati..Wajah Saat-Saat Akhir Benjy Jika Beliau ke Tali Gantung"