BEIJING: Buah tembikai meletup -
mungkin disebabkan peggunaan bahan kimia berlebihan oleh petani - sekali
lagi mencetuskan kebimbangan mengenai tahap keselamatan sektor makanan
di negara ini.
Media kerajaan berkata, hampir 120 ekar hasil tembikai di bandar Danyang musnah akibat kejadian itu selepas petani menggunakan bahan kimia forchlorfenuron untuk mempercepat pertumbuhan tanaman itu.
Media kerajaan berkata, hampir 120 ekar hasil tembikai di bandar Danyang musnah akibat kejadian itu selepas petani menggunakan bahan kimia forchlorfenuron untuk mempercepat pertumbuhan tanaman itu.
“Pada 7 Mei lalu, saya menghitung terdapat 80 buah tembikai yang meletup tetapi tengah hari ini bilangannya meningkat kepada 100,” kata petani, Liu Mingsuo kepada Stesen Televisyen Kerajaan, Televisyen Pusat China (CCTV) dalam laporan yang disiarkan, semalam.
Menurutnya, dia menyembur tanaman itu dengan bahan kimia hanya sehari sebelum itu.
“Dua hari kemudian, saya tidak peduli lagi untuk menghitung,” tambah Liu
yang mengaku menyembur forchlorfenuron di ladang tembikainya yang
seluas tiga hektar - lebih daripada dua pertiga hasil tanamannya -
musnah.
Bagaimanapun, laporan CCTV dan media lain turut memetik kenyataan pakar yang menyebut keadaan itu disebabkan oleh perubahan cuaca apabila hujan lebat turun secara tiba-tiba di kawasan berkenaan yang mengalami kemarau sebelum ini. - AFP

0 Komentar untuk "Menarik !Fenomena Buah Tembikai Meletup Di China Akhirnya Terbongkar"