Anak kepada penyanyi Andy (Flop Poppy) iaitu Megat Daniel Azreen atau dikenali sebagai Dan Azreenmengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pereka fesyen yang 13 tahun lebih tua daripadanya sejak tujuh bulan lalu. Dan Azreen mengenali buah hatinya itu menerusi kenalan kepada ibunya pada tahun lalu.
Bercakap kepada mStar online, pemuda berusia 21 tahun itu berkata, perbezaan usianya degan wanita bernama Asimareen, 34, itu tidak menjadi penghalang mereka bercinta seterusnya bergelar isteri jika ada jodoh.
“Keluarga dan kenalan rapat saya tahu yang saya memang tidak sukakan wanita yang bersikap kebudak-budakan. Saya lebih selesa berkawan dengan wanita yang lebih dewasa. Usia bukan penghalang kepada cinta kami kerana paling penting kami selesa dan memahami antara satu sama lain,” jelasnya.
Vokalis kumpulan Loka itu mengulas mengenai gosip yang mengaitkannya dengan wanita berkenaan berikutan banyak koleksi gambar mereka dimuat naik ke laman sosial Facebook dan Instagram milik mereka. Kata Dan, dia tidak kisah dengan tanggapan masyarakat mengenai hubungan itu kerana apa yang penting bapanya serta ahli keluarga yang lain tidak mengalang hubungan berkenaan. Malah menyifatkan hubungan mereka juga saling melengkapi antara satu sama lain.
“Paling penting hubungan kami mendapat restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak dan orang boleh berkata apa sahaja yang mereka suka,” katanya.
Sumber :
0 Komentar untuk "Beza 13 Tahun Tak Halang Cinta Anak Andy (Flop Poppy) Dan Kawan Ibunya"