Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Ditangkap Khal-wat Oleh Suami Sendiri Semasa Sambut Hari Jadi

“Hancur hati apabila melihat is teri terlebih dulu merayakan ulang tahun kelahirannya dengan le laki lain dalam bilik hotel, sedangkan saya membeli kek kesukaannya dan sejambak bunga untuk diraikan bersama di rumah,” luah seorang suami yang kecewa dengan perbuatan curang isterinya apabila ditangkap khalwat, awal pagi semalam.

Suami berusia 31 tahun dari Sungai Petani, Kedah, itu berkata, dia melihat dengan jelas kecurangan is terinya bersama seorang le laki bukan Islam ketika pegawai penc egah mak siat Perlis melakukan serbuan di bilik hotel terbabit.


Katanya, kelmarin, genap usia isterinya yang ke-31 tahun dan dia bercadang membuat kejutan untuk meraikan sambutan bersama dengan membeli kek krim buah dan sejambak bunga tanpa pengetahuan is teri.
“Selepas membeli kek dan bunga, saya pulang ke rumah di Sungai Layar, Sungai Petani. Apabila tiba berhampiran pekarangan rumah, saya melihat keli bat ist eri masuk dalam sebuah kereta dan memandu seorang diri.

“Disebabkan berasa tidak sedap hati, saya terus mengekori is teri dan rupa-rupanya dia memandu sampai ke sebuah ho tel di Kangar,” katanya ketika ditemui di sini.

Wa nita terbabit ditahan ketika sedang berdua-duaan dengan seorang lel aki Cina dalam sebuah bilik hotel oleh sepasukan empat anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) jam 5.30 pagi.

Wa nita yang bertugas sebagai pegawai imigresen di Sungai Petani itu, sanggup memandu kenderaan sejauh 80 kilometer untuk melakukan mak siat bagi meraikan ulang tahunnya bersama le laki berusia awal 30-an dari Perlis itu.

Su ami terbabit yang bertugas sebagai juruteknik kanan di sebuah kilang di Sungai Petani berkata, dia terserempak dengan anggota Jaips yang melakukan serbuan di bilik hotel terbabit.
“Saya kaku sebentar melihat kelibat is teri bersama le laki lain dalam bilik hotel itu. Kami mempunyai dua anak per empuan berusia dua dan enam tahun hasil perkongsian hidup sejak lapan tahun lalu,” katanya sambil menunjukkan kek buah bernilai RM35 yang dibelinya untuk is teri kepada petugas media di sini.

Dia berkata, khabar angin yang didengarnya sebelum ini berhu bung kec urangan is terinya yang mempunyai empat telefon bimbit ternyata benar.

“Saya mengakui sudah pas rah dengan kejadian itu dan selepas ini, tumpuan saya hanya kepada dua anak pere mpuan. Saya akan memberi didikan agama sempurna kepada mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jaips, Abdul Malik Hussin, mengesahkan pena hanan wa nita dari Sungai Petani itu bersama le laki bukan mah ram dalam sebuah bilik hotel, bagaimanapun le laki berkenaan dibebaskan kerana bukan Islam.

“Hasil maklumat awam, empat anggota Jaips bergegas ke lokasi dan mengetuk pintu bilik hotel sebelum dibuka seor ang wa nita dan hasil pemeriksaan kami menemui seorang le laki bukan Islam di atas katil.

“Wa nita yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan di Sungai Petani memberi alasan kononnya sedang mengadakan perbincangan perniagaan dengan le laki berkenaan ketika serbuan jam 5.30 pagi,” katanya.

Beliau berkata, wan ita terbabit akan dituduh mengikut Seksyen 9 Enakmen Jenayah Dalam Syarak Negeri Perlis dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Selepas mengambil keterangan, wanita itu dibebaskan dengan bon jaminan RM2,000 yang dibayar seorang penjamin kira-kira jam 12 tengah hari dan kes akan disebut di Mahkamah Rendah Syariah, Rabu ini,” katanya.

P/S : Dunia akhir zaman,
0 Komentar untuk "Ditangkap Khal-wat Oleh Suami Sendiri Semasa Sambut Hari Jadi"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info