Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Proton Saga SV FLV hanya RM250 sebulan, Kereta Mampu Milik.

SHAH ALAM – Proton hari ini melancarkan varian Saga terbarunya, Saga Super Value (SV) dalam menyahut cabaran untuk memperkenalkan kereta mampu milik kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.
Menurut sumber industri, model terbaru yang dipertingkatkan dari segi keselamatan dan kualiti itu dijual pada harga RM33,438 hingga RM36,888 menunjukkan pengurangan harga sehingga 12 peratus berbanding model Saga sebelum ini.
Proton Saga SV serendah RM33,438 diperkenal
Sementara itu, varian baru Saga itu diperkenalkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Hisham Othman di Bilik Pameran Platinum Proton, Mutiara Damansara, hari ini.
Hisham berkata, Saga SV ditawarkan sebanyak enam warna dan orang ramai boleh membuat tempahan bermula hari ini.
Untuk model Saga SV 1.3 (M) dijual pada harga RM33,438 (solid) dan RM33,888 (metallic) manakala Saga SV 1.3 (A), RM36,438 (solid) dan RM36,888 (metallic).
0 Komentar untuk "Proton Saga SV FLV hanya RM250 sebulan, Kereta Mampu Milik."

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info