Takziah diucapkan kepada Abby Abadi yang kehilangan abangnya yang dikenali sebagai Halim.
Perkara ini dimaklumkan Abby menerusi status Twitter miliknya kira-kira 13 jam lalu (ketika artikel ini disiarkan) yang berbunyi, “Innalilahiwainnalillahirajiun..ALLAH lebih menyayanginya. Doakan Arwah ditempatkan di tempat org2 yg dikasihiNYA.. Amin..”
Abby turut berkongsi gambar dia mengusap kepala arwah abangnya yang sedang terlantar sakit di katil hospital di laman Instagram miliknya.
Difahamkan, abang Abby meninggal dunia kerana menghidap kanser otak.
Semoga Abby sekeluarga tabah dengan dugaan menjelang Ramadan ini. Al-Fatihah.
-mynewshub.my
0 Komentar untuk "Al-Fatihah: Abang Abby Abadi Meninggal Dunia Kanser Otak"