KUALA LUMPUR 13 Julai. - Pelakon Izreen Azminda, 28, selamat melahirkan anak pertamanya di Hospital Ampang Puteri di sini pada pukul 1.18 pagi tadi.
Bayi lelaki sihat dengan berat 3.3 kilogram itu dilahirkan melalui pembedahan.
Menurut suami Izreen, Mohammad Riza Baharuddin, isterinya kini selamat bagaimanapun masih berada dalam keadaan lemah selepas pembedahan tersebut.
"Isteri dan bayi kami dalam keadaan baik," katanya.
-Utusan
0 Komentar untuk "Izreen Azminda dapat anak lelaki"