NIBONG TEBAL - Seorang lelaki cedera parah di paha kanan selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat simpang empat Jalan Mengkuang, Bukit Mertajam di sini hari ini.
Lelaki berusia 30-an berasal dari Kulim itu kini dirawat di Hospital Kulim, Kedah.
"Siasatan awal mendapati lelaki itu mempunyai beberapa rekod jenayah," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah di sini hari ini.
Beliau berkata ketika kejadian pada pukul 8.30 malam itu, lelaki berkenaan bersama rakannya dipercayai dari Jalan Mengkuang menghala ke Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE) untuk ke Kulim.
"Ketika kereta mereka berhenti di lampu isyarat simpang empat di situ, sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki menghampiri kenderaan yang dinaiki mereka dan seorang daripada lelaki itu melepaskan tembakan," katanya.
Mazlan ditemui selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), di sini.
Mazlan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengetahui motif kejadian.
-Sinar harian
Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini
Popular Posts
-
Pengarah filem Pierre Andre mengakui mengalami pelbagai gangguan ketika mejalani pengambaran filem seram terbarunya berjudul Jin. Malah menu...
-
Seri pengantin cukup terserlah di wajahnya yang jelita dan anggun bertudung pada petang itu. Maklumlah, belum sampai sebulan pun pelakon ...
-
Gambar terbaharu menampilkan Nurul Wahab dengan anak sulungnya, Ayu NAzirah serta yang bongsu, Zacharu Depp dengan mengayakan koleksi baju ...
-
Suami mana yang tidak cemas apabila isteri tercinta yang sedang hamil mengalami pendarahan? Detik cemas seperti itulah yang dihadapi oleh Za...
-
Kebahagiaan dikecapi pelakon, Zizie Ezette sejak bergelar isteri kepada ahli parlimen Kinabatangan, Dato’ Bung Mokhtar terserlah menerusi g...
-
Nikita Mirzani benar-benar membuktikan keinginan bergambarnya untuk majalah dewasa Playboy. Dalam sesi foto yang dilakukannya beberapa ketik...
-
Mengejutkan, menerusi laman Instagram miliknya Hafiz Suip sempat memuatnaik beberapa keping gambar tangan kirinya yang patah. Punca sebenar ...
-
Shila Amzah nampaknya sempat mengambil cuti dan pulang ke Malaysia sempena Aidil Fitri 1435H yang lalu walaupun jadual beliau dilihat agak p...
-
DUNGUN - Tindakan biadab seorang gadis membawa pulang teman lelaki ke rumah sewa untuk berasmara bukan sahaja memalukan jiran tetangga, mala...
-
Beberapa akhbar Arab Saudi menafikan laporan yang disiarkan akhbar Britain The Independent berhubung cadangan untuk memindahkan makam Nabi ...
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
0 Komentar untuk "Lelaki parah ditembak di Bukit Mertajam"