PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai agar tidak membeli atau menggunakan ubat tradisional Melayu yang tidak berdaftar, 'Maajun Kuat Khasiat Sakit Pinggang' yang disyaki mengandungi deksametason.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM Datuk Eisah Abdul Rahman berkata hasil ujian yang dilakukan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) mendapati produk itu mengandungi deksametason, sejenis kortikosteroid berfungsi antiradang yang kuat dan biasa digunakan dalam rawatan alergi, dan ia tidak dibenar sebagai ramuan dalam ubat tradisional.
Beliau berkata penggunaan deksametason secara berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius yang boleh membahayakan kesihatan seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi dan glaukoma.
"Pesakit juga boleh mengalami sindrom Cushing yang dicirikan dengan muka membulat dan bahagian atas badan membesar tetapi lengan dan kaki seolah mengecil. Kesan advers yang lain termasuk lemah otot dan kesan advers kulit yang serius iaitu sindrom Stevens-Johnson.
"Label pada produk itu menyatakan bahawa ia berkhasiat untuk sakit lutut, sakit urat, letih, sakit bahu, bengkak ringan, sakit pinggang dan lenguh-lenguh seluruh badan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Eisah berkata Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, BPFK menerima dua laporan kesan advers membabitkan produk itu.
"Label produk juga mengelirukan pengguna dengan menyatakan ia mengandungi ramuan semulajadi sahaja," katanya.
Beliau berkata sesiapa yang mempunyai stok produk itu dinasihat menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya serta-merta.
"Penjual adalah diingatkan pemilikan untuk jualan produk ini adalah melanggar Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
"Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama, dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya," katanya.
Beliau berkata syarikat yang melakukan kesalahan itu boleh didenda sehingga RM50,000 bagi kesalahan pertama, dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
Eisah juga menasihatkan orang awam yang sedang menggunakan produk Maajun Kuat Khasiat Sakit Pinggang agar segera mendapatkan nasihat serta rawatan daripada profesional kesihatan.
"Pesakit yang menghidap penyakit kencing manis adalah dinasihatkan supaya tidak menggunakan produk ini kerana ia boleh menyebabkan paras gula dalam darah tidak terkawal dan seterusnya mengakibatkan komplikasi yang serius," katanya.
Orang awam boleh menghubungi BPFK di talian 03-7841 3200 atau mana-mana Cawangan Penguatkuasa Farmasi berdekatan, atau e-mel kepada phmarmacy1@moh.gov.mybagi menyalurkan maklumat agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi membanteras pengedaran produk ini di pasaran. - BERNAMA
-Bharian
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM Datuk Eisah Abdul Rahman berkata hasil ujian yang dilakukan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) mendapati produk itu mengandungi deksametason, sejenis kortikosteroid berfungsi antiradang yang kuat dan biasa digunakan dalam rawatan alergi, dan ia tidak dibenar sebagai ramuan dalam ubat tradisional.
"Pesakit juga boleh mengalami sindrom Cushing yang dicirikan dengan muka membulat dan bahagian atas badan membesar tetapi lengan dan kaki seolah mengecil. Kesan advers yang lain termasuk lemah otot dan kesan advers kulit yang serius iaitu sindrom Stevens-Johnson.
"Label pada produk itu menyatakan bahawa ia berkhasiat untuk sakit lutut, sakit urat, letih, sakit bahu, bengkak ringan, sakit pinggang dan lenguh-lenguh seluruh badan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Eisah berkata Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, BPFK menerima dua laporan kesan advers membabitkan produk itu.
"Label produk juga mengelirukan pengguna dengan menyatakan ia mengandungi ramuan semulajadi sahaja," katanya.
Beliau berkata sesiapa yang mempunyai stok produk itu dinasihat menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya serta-merta.
"Penjual adalah diingatkan pemilikan untuk jualan produk ini adalah melanggar Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
"Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama, dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya," katanya.
Beliau berkata syarikat yang melakukan kesalahan itu boleh didenda sehingga RM50,000 bagi kesalahan pertama, dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
Eisah juga menasihatkan orang awam yang sedang menggunakan produk Maajun Kuat Khasiat Sakit Pinggang agar segera mendapatkan nasihat serta rawatan daripada profesional kesihatan.
"Pesakit yang menghidap penyakit kencing manis adalah dinasihatkan supaya tidak menggunakan produk ini kerana ia boleh menyebabkan paras gula dalam darah tidak terkawal dan seterusnya mengakibatkan komplikasi yang serius," katanya.
Orang awam boleh menghubungi BPFK di talian 03-7841 3200 atau mana-mana Cawangan Penguatkuasa Farmasi berdekatan, atau e-mel kepada phmarmacy1@moh.gov.my
0 Komentar untuk "Penggunaan maajun kuat khasiat sakit pinggang mudaratkan kesihatan"