Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

'Paling memalukan keluarga'

KUALA TERENGGANU - “Terus terang saya katakan, kejadian ini paling memalukan keluarga dan mengaibkan hidup saya sepanjang bergelar ibu kepada dia. Selepas peristiwa itu, saya dan suami memang memantau gerak gerinya dan jika hal ini berulang lagi, saya sendiri yang akan hantar dia ke pusat pemulihan akhlak,”.

Demikian luahan hati seorang ibu selepas anak gadisnya berusia 18 tahun mengaku bersalah melakukan satu perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan luar nikah bersama pasangannya di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, selepas ditahan bersama kekasihnya yang dalam keadaan mengaibkan pada Jun lalu.



Wanita berusia 40-an berkata demikian di hadapan Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail selepas dipanggil bersama suaminya bagi mendengar rayuan terhadap kes anak gadis mereka.

Sementara itu, bapa kepada lima anak itu berkata, mereka tidak menyangka anak ketiganya itu tergamak menghancurkan kepercayaan diberikan selepas membenarkan keluar bersama lelaki tersebut sebelum kejadian.

“Sebelum itu, dia ada memberitahu hendak ke bandar untuk urusan pendaftaran di sebuah kolej swasta dengan ditemani lelaki itu.

“Disebabkan lelaki itu ada juga pertalian hubungan kekeluargaan dengan kami, jadi saya memang tidak menyimpan sebarang syak dan meletakkan kepercayaan kepada mereka sepenuhnya agar dapat menjaga diri,” katanya.

Selain itu, anak gadisnya yang masih menuntut di sebuah kolej turut membuat rayuan memohon mahkamah meringankan hukuman atas alasan sudah insaf dan bertaubat dengan melakukan solat sunat Taubat.

Terdahulu, dia mengaku bersalah melakukan satu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah dengan seorang lelaki berusia 20 tahun yang bukan suaminya di dalam sebuah kereta di kawasan Taman Awam Pulau Warisan, di sini, kira-kira jam 6.50 petang, pada 5 Jun lalu.

Susulan pengakuan bersalah itu, dia dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan jaminan sebanyak RM2,000 dengan dua penjamin.

Kamalruazmi juga dalam penghakimannya berkata, apa yang dilakukan gadis itu dan pasangannya adalah kesalahan serius dan berdosa di sisi agama.

“Kamu sepatutnya bersyukur dan berterima kasih kerana ditahan pegawai penguat kuasa syariah. Jika tidak, mungkin kamu berdua sudah terlanjur dan kejadian lebih buruk akan berlaku. Ini masanya untuk kamu berubah dan saya harap kamu benar-benar bertaubat,” katanya.

Pasangannya memohon mahkamah menangguhkan hukuman terhadapnya dibebaskan dengan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin.18 Ogos depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Ketika kejadian, pegawai berkenaan sedang melakukan rondaan di sekitar bandar raya ini sebelum ternampak sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan di kawasan itu.

Sebaik menghampiri, pasangan itu berada dalam keadaan mencurigakan dan hasil pemeriksaan mereka bukan pasangan suami isteri sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.

Related Post

  • Primadona: Cabaran lebih besar Ketiadaan Ziela Jalil bersama Erra Fazira, Rozita Che Wan dan Raja Azura mengendalikan program bual bicara Primadona…
  • Sakinah buat hal lagi SHARIFAH SAKINAH KALAU minggu lepas dengan hadiah sayurnya kepada keluarga ibu kekasih hati, minggu ini Diva dapat …
  • Terharu : Pengorbanan Seekor Ibu Kera Seekor ibu Kera\Monyet terpaksa bergelut dengan seekor Anjing liar hitam demi mempertahankan nyawa anaknya dari serang…
  • Adira bertunang dengan Shahrul? Selamat berpuasa Sha ucapkan kepada semua umat Islam yang setia mengikuti ruangan ini. Baru-baru ini Sha dengar Adira …
  • Maut ditembak tengah berbual BUTTERWORTH: Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas ditembak dari jarak dekat oleh lelaki yang menaiki m…
0 Komentar untuk "'Paling memalukan keluarga'"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By Catatan Info