Afif: Kalau Tak Jumpa Dekat Sini, Kita Jumpa Di Padang Mahsyar
Rakan serumah dengan salah seorang mangsa korban pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, Khairil Azwan, 21, tidak menyangka ungkapan “Kalau kita tak jumpa dekat sini, kita jumpa di Padang Mahsyar” yang dituturkan Mohd Afif Tambi Jiee, 19, merupakan kata-kata terakhir rakannya itu buat dirinya.
Memetik Bernama, Khairil berkata, “yang saya ingat sekali bila kali terakhir jumpa, dia nak keluar rumah dan kemas barang macam nak pergi lama padahal cuti asasi kejap sahaja dan bila saya tanya kenapa kemas banyak barang, dia diam saja”.
Khairil turut menyifatkan rakannya itu sebagai seorang kawan yang baik dan selalu memberi nasihat kepadanya.
Afif merupakan pelajar asasi di Taylor’s University dalam bidang arkitek, dan sepatutnya Allahyarham memulakan pengajian ijazah pertamanya pada Ogos ini.
Dalam nahas tersebut, Afif bersama bapanya, Tambi Jiee, 49, ibunya Ariza Ghazalee, 46, dan tiga adiknya, Mohd Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Mohd Afruz, 13, dalam perjalanan pulang keKuala Lumpur setelah bapanya kembali ditugaskan di ibu negara selepas tiga tahun berkerja di Kazakhstan.
0 Komentar untuk "Afif: Kalau Tak Jumpa Dekat Sini, Kita Jumpa Di Padang Mahsyar"