Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Artis Wanita Mengaku Tak Puasa Sebab Tak Sempat Sahur

Gambar Hiasan

INI satu lagi cerita kelakar. Memang minggu ini Diva dapat semua stok cerita kelakar, kalau bagi cerita panas, dahaga pula tak pasal-pasal.

Diva sendiri nganga sampai kering tekak masa kawan Diva buka cerita. Mujur kami bersembang lepas berbuka, boleh juga hirup sirap selasih yang nikmatnya hanya orang-orang puasa sahaja yang dapat rasa.

Cakap pasal puasa, Diva geli hati sangat-sangat apabila diberitahu tentang seorang artis wanita yang sudah beranak-pinak tapi mengaku tak puasa. Alasan dia tak puasa sebab tak sempat sahur. Hello! bimbo ke apa, budak darjah enam pun tak layak nak guna alasan paling sengal itu, tau tak.

Kalau tak nak puasa pun, janganlah bangga sangat nak cakap tak puasa sebab tak sempat sahur. Agak-agaklah, ini nak tunjuk manja ke nak tunjuk bodoh, tak bertempat sungguh. Kalau awak tu umur tujuh tahun tidaklah Diva rasa macam mual nak muntah sangat, ini umur dah 40-an kut.
sumber:Diva@Kosmo!
2 Komentar untuk "Artis Wanita Mengaku Tak Puasa Sebab Tak Sempat Sahur"

Apasal blog2 skrg mcm haram? Asal bukak msti kna like dulu.ckup like kna confirm like lagi.lpstu bnda yg kna paksa like tu xda kena mengena dgn artikel yg nak di baca.semua pancingan semata2

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info