Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Israel Kebumi Tentera Yang Maut Secara Sulit

Israel secara sulit telah mengadakan upacara pengebumian beberapa anggota tenteranya yang terkorban dalam pertempuran menentang Palestin di Genting Gaza, lapor media semalam.

Antara komando Israel yg cedera dlm pertempuran dgn pejuang Hamas

Portal akhbar Mesir, Youm7 melaporkan bahawa beberapa saksi mendakwa mereka melihat beberapa upacara pengebumian dilakukan Timur Baitulmuqaddis yang dilakukan tentera Israel bagi mengebumikan anggota yang terkorban dalam peperangan di Gaza.

Namun tentera Israel enggan mendedahkan secara rasmi mengumumkan jumlah orang awam dan anggota tentera yang terkorban.

Sementara itu, sumber Israel mengakui bahawa lebih daripada 200 penduduk Israel telah cedera sejak enam hari lalu ekoran serangan roket yang dilancarkan Pergerakan Pemisah Hamas. - Agensi
sumber:kezoom

 
0 Komentar untuk "Israel Kebumi Tentera Yang Maut Secara Sulit"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info