Selfie Terakhir Penumpang MH17 Bersama Sang Ibu (FotoL: Daily Mail)
AMSTERSDAM - Seorang remaja Belanda Gary Slok melakukan foto selfie dengan ibunya sebelum MH17 berlepas.
Ketika bergambar, remaja berusia 15 tahun ini kelihatan tersenyum gembira di samping ibu, Petra Langeveld. Pasangan ibu dan anak ini ada dalam MH17 dengan tujuan bercuti ke Malaysia.
Gambar serta keterangan tentang Slok diungkapkan oleh kelab bola sepak tempat remaja ini berkarier, Maassluis.
"Gary dan ibunya Petra menuju Malaysia untuk mengisi percutian impiannya di Malaysia," sebut kenyataan rasmi kelab bola sepak tersebut, seperti dikutip dari Daily Mail, Isnin (21/7/2014).
"Kisah dan foto terakhir dari Gary seperti menyedarkan kami seberapa ramai orang yang menginginkan hidup yang indah harus hancur akibat adanya insiden," tambah kenyataan tersebut.
Seperti diketahui, Belanda merupakan negara yang warganya paling ramai berada di MH17. Kejadian ini semakin tragis ketika hampir dipastikan bahawa MH17 jatuh akibat ditembak peluru berpandu.
sumber:- okezone.com
0 Komentar untuk "MH17: Selfie terakir remaja bersama ibu"