MH17: Status Facebook Terakhir Tiga Beranak Sebelum Maut
Sebagai mana diketahui ramai, satu keluarga terdiri daripada enam beranak merupakan antaramangsa nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, semalam.
Mereka adalah pasangan suami isteri, Tambi Jiee dan Ariza Ghazalee serta empat anak mereka iaitu Marsha Azmeena, Muhammad Afzal, Muhammad Afif dan Muhammad Afruz.
Satu keluarga ini sebenarnya dalam kegembiraan kerana bakal kembali ke tanah air selepas dua tahun menetap di Atyrau, Kazakhstan.
Bagaimana pun seakan memberi petanda bakal memejam mata selama-lamanya, tiga beranak dalam keluarga ini meninggalkan status Facebook yang pasti menjadi kenangan kepada orang terapat dengan mereka.
Berikut adalah status si ibu dan dua anak lelakinya yang pasti mengalirkan air mata keluarga dan kawan-kawan mereka yang membacanya…
Ini pula status Muhammad Azfal. Daripada komen guru dan rakan-rakan, Afzal adalah seorang pelajar yang pintar dan disenangi ramai.
Sementara si adik, Muhammad Afruz pula dilaporkan memuat naik status terakhir berbunyi:
I’ve changed…….. A LOT!
Goodbye Atyrau, Kazakhstan…… Goodbye friends, Nice knowing u guys…Goodbye cats, Hope u’ll get a new kind owner.. pls dont die….. Jan 4 2012 – July 4 2014 has been the greatest years of my life…. hope i’ll see u guys in the future….. BYE.
MYNEWSHUB.MY
1 Komentar untuk "MH17: Status Facebook Terakhir Tiga Beranak Sebelum Maut"
MH17 Status
i am sorry to hear that