Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Polis Singapura Arah Turun Bendera Palestin

Ketika seluruh dunia tertumpu kepada perjuangan rakyat Palestin yang di hujani bom dari tentera Israel, Singapura yang sememangnya dikenali sebagai sekutu rapat Israel dilihat memberi pernyataan berbeza meminta pejuang Palestin menghentikan serangan roket ke negara haram Israel.

Ia tidak menghairankan kerana jalinan yang sedia wujud diantara negara mereka dengan Israel. Malangnya sikap itu terus dizahirkan kepada rakyat mereka sendiri.

Terkini, arahan pihak berkuasa negara itu supaya penduduk menurunkan bendera Palestin yang diletak di koridor perumahan seorang penduduk tak sampai 2 jam di diletakkan memperlihatkan betapa mereka bersikap berat sebelah.

Penduduk yang membantah arahan tersebut menzahirkan bangkangan mereka di media sosial seperti Facebook dan Twitter. Selain itu, mereka turut mempersoalkan kenapa pihak polis begitu pantas bertindak dalam kes bendera Palestin tetapi bersikap seperti pejam sebelah mata kepada warga asing yang mengibarkan bendera China atau Filipina di republik itu.

"Apa salahnya gantung bendera Palestin? Mereka hanya hendak berdoa untuk Gaza," tulis Jason Teo di laman Facebook Outstanding SG.

Laman web berita Channel News Asia melaporkan kejadian berlaku pada pagi Isnin di Tingkat 11, Blok 54, Sims Drive. Sejak foto berkenaan dipaparkan di Facebook pada Isnin malam, ia dikongsikan oleh lebih 900 pengguna jaringan media sosial itu.

Seorang lagi pengguna Facebook, Fizzy Lumpkins menulis komen ini: "Kelakar, kita tak nampak respons yang sama apabila bendera PRC (China) atau Pinoy (Filipina) digantung."

Seorang lagi yang menggunakan nama Chapiik Serizawa mempersoalkan kenapa menggantung bendera Palestin sebagai bantahan terhadap apa yang dilakukan oleh Israel di bumi Palestin itu salah.

"Kalau kerajaan tidak buat apa-apa kerana Singapura pro-Israel, benarkan kami membantah kerana kami manusia. Kami ada perasaan dan kemanusiaan. Kami bukan budak-budak. Kami dewasa dan matang untuk membezakan yang betul dan yang salah."

Reaksi sama yang mempertikaikan 'nasihat polis' itu juga dilihat di Twitter.

Laman web akhbar Today melaporkan lelaki berkenaan menurunkan bendera Palestin itu "selepas dinasihatkan oleh polis". Bendera itu sempat berkibar selama lebih kurang dua jam, lapor laman web itu lagi. "Bendera itu diturunkan secara sukarela. Polis sedang menyiasat perkara ini," kata jurucakap polis seperti dipetik oleh Today.

Lelaki berkenaan Gulam Yusuf turut memuatnaik foto kunjungan polis ke kediamannya bersama tiga foto lain yang menunjukkan bendera berkenaan di laman Facebook.

Dalam kenyataan ringkasnya di Facebook, Gulam kesal kerana polis boleh membenarkan perhimpunan pendukung hubungan seks sejenis tetapi mengambil tindakan terhadap tindakannya yang cuba mencetuskan kesedaran umum tentang pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku di Gaza.

Menurut Today, Gulam memberitahu dia ditanya oleh polis tentang latar belakang kaum dan agamanya serta kunjungannya ke beberapa negara di Asia Barat. Gulam berkunjung ke Israel tujuh bulan lalu.

Di bawah undang-undang Singapura, adalah satu kesalahan untuk mengibarkan bendera negara lain di khalayak ramai selain daripada bendera republik itu. Kesalahan itu boleh dikenakan denda sehingga S$500 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya. - Pelik sungguh undang2 depa nih.

Ini bukanlah kes pertama melibatkan bendera asing yang diambil tindakan oleh polis Singapura. Pada Julai 2012, ia menyiasat seorang warga Singapura berketurunan Cina yang menaikkan bendera China tidak lama sebelum sambutan kemerdekaan republik itu.
sumber:kezoom
0 Komentar untuk "Polis Singapura Arah Turun Bendera Palestin"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info