Penyerahan kotak hitam kepada wakil Malaysia sambil disaksikan Alexander Borodai.
Allhamdulillah… berkat kesungguhan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Malaysia pagi ini berhasil memperoleh kotak hitam pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Timur Ukraine baru-baru ini.
Penyerahan itu dilakukan kepada wakil Malaysia di sebuah bangunan kerajaan di bandar Donetsk dalam tempoh satu jam yang lalu.
Kejayaan itu dicapai selepas rundingan lanjut selamat hampir 3 jam setengah diadakan antara puak pemisah dengan delegasi Malaysia.
Ketua pemberontak pro-Rusia, Alexander Borodai turut hadir selaku saksi semasa penyerahan itu berlangsung.
Semalam Najib dilaporkan berkata, tiga perkara yang dipersetujui bersama dengan pihak pemisah iaitu berkaitan isu mayat yang akan dipindahkan, penyerahan kotak hitam dan jaminan penyiasat bebas untuk masuk ke lokasi kemalangan dan membuat siasatan.
“Kita sudah menjalin kerjasama dengan semua pihak yang yang bertanggungjawab dengan kemalangan ini.
“Masalah juga sudah dikenal pasti selain menetapkan perjanjian bersama untuk melakukan tindakan susulan,” katanya dalam sidang media di kediamannya.
Ujar Najib, perbualan telefon dengan ketua pemberontak Alexander Borodai juga sudah dibuat sebelum tiga kata sepakat itu diperoleh.
“Pertama, mayat 282 orang akan dipindahkan dengan kereta api untuk diserahkan kepada wakil-wakil dari Belanda. Kereta api akan berlepas dan akan diiringi oleh enam wakil Malaysia.
“Mayat akan diterbangkan ke Amsterdam dan mayat rakyat Malaysia akan diterbangkan pulang dengan C130 Hercules untuk prosedur forensik seterusnya,” ujarnya.
Kedua berkaitan dengan penyerahan kotak hitam manakala yang ketiga adalah akses selamat kepada pasukan penyiasat.
Kejayaan Najib berunding dengan puak pemisah dilaporkan media-media utama dunia sebagai satu kejayaan yang luar biasa kerana negara-negara yang lebih besar juga tidak mampu melakukannya
0 Komentar untuk "TERKINI: Kotak Hitam MH17 Telah Diserahkan Kepada Wakil Malaysia"