Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

AWAS !! Kesan Makan Ubat Terlarang Untuk Gugurkan Kandungan


Pecah rahim, sakit pinggul serta pendarahan teruk pada kemaluan antara risiko ditanggung individu yang sanggup membeli ubat terlarang untuk menggugurkan kandungan di sebuah premis di Bandar Permaisuri, Setiu yang beroperasi sejak setahun lalu.

Premis yang berselindung di sebalik jualan pakaian dan aksesori itu sebelum ini menjadi buruan golongan tertentu untuk menggugurkan kandungan secara haram bagi menutup keaiban diri.

Bagaimanapun, kelicikan tauke wanita terbabit untuk mengaut keuntungan mudah dengan menjual ‘ubat gugur’ itu tidak bertahan lama selepas anggota Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) berjaya menghidu penjualan bahan terlarang itu Ahad lalu.Pengarah JKNT Datuk Dr Anwa Sulaiman berkata, hasil risikan pihaknya berjaya menahan wanita berkenaan dan merampas baki ‘ubat gugur’ bernilai kira-kira RM1,000.

“Berdasarkan bukti pembelian dijumpai, aktiviti wanita ini didapati beroperasi sejak setahun lalu dan berjaya memperoleh keuntungan berlipat ganda daripada jualan ‘ubat gugur’.

“Wanita berkenaan mendapat ‘ubat gugur’ daripada pembekal dengan harga sekitar RM8 hingga RM10 sebiji dan menjualnya kepada pelanggan dengan harga sekitar RM50 sebiji.
sumber- Metro
0 Komentar untuk "AWAS !! Kesan Makan Ubat Terlarang Untuk Gugurkan Kandungan"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info