Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

MH17: Hanya Tambi Jiee ‘Pulang’ Sabtu Ini


Kepulangan jenazah kumpulan ketiga mangsa nahas MH17 yang dijadualkan tiba di tanah airSabtu ini hanya menyaksikan bapa kepada enam sekeluarga yang terkorban iaitu Tambi Jiee, 49, sahaja sudah disahkan akan dibawa pulang oleh kerajaan Belanda.

Manakala tiga lagi anak arwah Tambi dan Ariza Ghazalee, 46, iaitu Muhammad Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Muhammad Afruz, 13, masih lagi dalam proses pengecaman di sana.

Perkara tersebut dinyatakan oleh abang Tambi, Drahman Jiee, 60, selepas kakitangan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) memaklumkan kepadanya sekeluarga berhubung perkara itu.

Memetik Harian Metro, Drahman berkata, “syukur.. kami hanya perlu menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan dan berharap jenazah Tambi dapat dibawa pulang dan dikebumikan bersebelahan pusara isteri dan anaknya.

“Kami sentiasa bersabar menanti dengan penuh harapan dan semoga kepulangan tiga lagi jenazah anak arwah juga akan dipermudahkan nanti,” katanya.

Sebelum ini, hanya jenazah Ariza dan anak sulung pasangan itu, Muhammad Afif, 19, yang telah dikenal pasti dan jenazah kedua-duanya telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Kuching, Sarawak, Jumaat lalu.
sumber: – MYNEWSHUB.MY


0 Komentar untuk "MH17: Hanya Tambi Jiee ‘Pulang’ Sabtu Ini"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info