Azwan Ali Kutuk Melayu, Sharnaaz Beri Amaran Di Instagram
NAMPAKNYA ‘perang’ antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan pengacara Azwan Ali belum menampakkan tanda-tanda akan berakhir.
Semalam, menerusi akaun Instagramnya, Sharnaaz sekali lagi memuatnaik ‘screenshot’ status
Azwan yang menyebut, pembantu peribadinya yang telah menyekat sebahagian pengikut yang disifatkannya sebagai ‘jijik’ dan ‘ahli neraka’.
Pengacara itu juga dengan bangganya menyatakan bahawa pembantu peribadinya bergaji RM3,000.
Bagaimanapun, apa yang menaikkan kemarahan Sharnaaz ialah hashtag#MELAYULAKNATULLAHMSIA yang digunakan oleh Azwan dalam statusnya itu.
Berikut merupakan kenyataan pelakon itu:
“Salam Khas buat bro @divaazwanavazz Sy tak pernah kisah awk nak selfie camana pun, tapi ingat, perkataan yg lahir dari mulut pinjaman awak tu dah menguris hati Org Melayu.. Anak melayu jangan diusik degan perkataan menghina bang, cilaka badan bang..
Abg nak maki saya saya tak akan maki abang balik, sebab abg lagi tua dari saya, saya dah takde hormat kat abg, saya doakan abg yg baik baik, takde niat nak aibkan bro, TETAPI kalau MELAYU bro jentik, waspadalah bang, sebab sekelilingmu ada lah org org MELAYU..
*kepada yg nak komen tak elok baik hentikan, doa yg baik, bukan aibkan dia yg sedia ter-aib.. *kepada sesiapa org MELAYU nak menyokong dia silakan, saya tarik hormat saya pada anda sebagai melayu. *Bukan taknak tegur cara senyap, sebab cara senyap akan bertukar tak senyap jugak bila sampai ke tangan azwan.. Ini bukan soal jantina, aib, personal, INI SOAL BANGSA MELAYU YG DI INJAK KEDAULATAN!! MOHON MAAF PADA MELAYU SEBELUM TERLAMBAT BANG”
Jika anda mengikuti Instagram Sharnaaz, dia sememangnya sudah memberi ‘amaran’ supaya tidak sekali-kali menghina bangsa Melayu.
Tapi, kalau ikut pengamatan kami, Azwan bukanlah seorang yang mudah menerima teguran, apatah lagi yang berbentuk amaran seperti ini.
Sudahnya nanti, pengacara yang kononnya mempunyai jutaan pengikut itu akan membalasnya dengan maki-hamun di laman sosial.
Hmm, nak cakap apa lagi…?
sumber:MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "Azwan Ali Kutuk Melayu, Sharnaaz Beri Amaran Di Instagram"