Sanggup Berhabisan, Obses Kerana Mahu Rupa Seperti Kartun
Geram dan cemburu melihat imej karikaturnya yang dilukis ketika berusia 15 tahun, seorang wanita, Krystina Butel memutuskan untuk kelihatan seperti karikatur berkenaan.
Untuk itu, dia sanggup menghabiskan wang sebanyak £130,000 untuk pembedahan plastik, semata-mata mahu mengubah diri untuk menjadi seperti lukisan dalam gambar tersebut.
Dia menjalani lima pembedahan membesarkan payu dara, menyuntik bibir, botox, memutihkan gigi dan solekan separuh kekal.
Kini dia masih belum puas dan bertekad untuk melakukan lagi pembedahan termasuk membesarkan lagi payudara, menanam implan di punggung dan implan di bibir.
“Selama bertahun-tahun saya menghabiskan wang untuk kelihatan menarik agar saya kelihatan seperti kartun berkenaan.
“Kartun itu menunjukkan rupa sebenar yang saya inginkan dan saya tahu saya semakin hampir dengannya,’’ katanya.
Dia bekerja di sebuah salon selepas meninggalkan alam persekolahan pada usia 14 tahun dan di situ dia mula mempelajari cara-cara menyambung rambut dan solekan.
sumber: http://mynewshub.my
0 Komentar untuk "Sanggup Berhabisan, Obses Kerana Mahu Rupa Seperti Kartun"