
Sikap Stacy yang sering mencuba dan tidak hipokrit tersebut diterjemah baru-baru ini menerusi sambutan hari lahirnya bersama peminat yang ke 24 pada 23/08/2014, Sabtu bertempat di Tasik Kelana Jaya dengan tema Cartoon & Superhero.

Menerusi laman Instagram , Stacy memuatnaik beberapa gambar sambutan harijadi tersebut dengan memakai kostum anime "Hatsune Miku" yang sangat popular di Jepun.
Para peminat beliau yang terkejut dengan penampilan itu rata-rata gembira dan memberikan komen positif.

Ikuti beberapa gambar dimajlis hari lahir Stacy dengan gaya Hasunemiku dan sekalung tahniah diucapkan buat team SGS (Sangat Gila Stacy) yang dilihat berusaha keras membantu menjayakan majlis tersebut. Memang meriah .....



sumber:kezoom
0 Komentar untuk "Stacy Sambut Hari Lahir Dengan Tema Hatsune Miku"