Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Wang Simpanan Habis Dimakan Anai-Anai


 Seorang wanita yang menyimpan wang di dalam almari sejak berdekad-dekad lalu kerana tidak percayakan bank akhirnya kecewa apabila mendapati wang berkenaan habis dimakan anai-anai.

Pada mulanya Cai Hou, 70, menyangka wangnya yang berjumlah 10,000 yuan itu dicuri.

Tetapi selepas mendapati ada anai-anai berhampiran wang berkenaan barulah dia menyedari bahawa wangnya itu sudah dirosakkan seranga terbabit.

“Saya begitu kecewa. Selama ini saya tidak pernah percayakan bank dan berpendapat adalah lebih selamat jika menyimpannya dalam almari,’’ katanya.

Keluarga Cai bagaimanapun berjayamenyelamatkan 1,950 yuan sahaja selepas mereka menyambung semula wang kertas yang koyak itu.
Baki wang yang lain, habis dimakan anai-anai dan menjadi cebisan kecil.

Wang sebanyak 1,950 yuan itu kini disimpan di dalam bank dengan akaun dibuka atas nama Cai Hou.
sumber: http://mynewshub.my
0 Komentar untuk "Wang Simpanan Habis Dimakan Anai-Anai"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info