Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Akim Hilang Sabar, Gelar Peminat ‘Sampah Twitter’


Peringatan buat mereka yang ambil keputusan nak jadi artis, silalah bersedia dengan emosi kental terutama pada zaman siber sekarang. Kalau tak alamatnya anda akan sentiasa makan hati apabila membaca komen-komen di laman sosial.

Tak hairanlah terdapat artis didapati bertikam lidah dengan pengikut media sosial mereka gara-gara geram dibahasakan.

Terbaharu artis yang hilang sabar adalah Akim apabila menerima tweet berbunyi ‘tak suka @akimahmad’.

Akim kemudiannya membalas tweet tersebut dengan menyifatkan pengirimnya sebagai ‘attention seeker’ dan ‘sampah Twitter’ sambil menyeru peminat yang lain menyerang individu terbabit.


Permintaan Akim segera dipenuhi peminatnya namun di samping ‘membahan’ pengirim twit tersebut ada juga yang menasihatkan Akim supaya tidak melatah dan melayan twit tersebut kerana ia dipercayai dilakukan seorang remaja yang masih muda.

Peminat itu dikatakan bertindak begitu semata-mata kerana bengang Akim tidak ‘follow’ Twitter miliknya.

agaimana pun, pemilik Twitter Handle yang memberitahu dia tidak sukakan Akim akhirnya dilihat meminta maaf kerana emosi ketika memuat naik status tersebut dan dibalas oleh Akim, dia pun minta maaf kerana terlalu mengikut perasaan.

Kiranya dengan senang kes pun setel.

TAPI kalau benar telahan Akim pengguna Twitter yang mencari fasal dengannya ini hanya ingin mencari perhatian, bukankah ini bermakna misinya sudah tercapai? Hmm.
sumber:MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Akim Hilang Sabar, Gelar Peminat ‘Sampah Twitter’"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info