Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Eun B Dari Kumpulan Ladies Code Meninggal Dunia Akibat Kemalangan

Berita sedih buat dunia hiburan Korea Selatan apabila salah seorang penyanyi kumpulan Ladies Code, Eun B disahkan meninggal dunia selepas terbabit dalam sebuah kemalangan semalam. Eun B meninggal dunia di tempat kejadian setelah van yang dinaikinya merempuh dinding penghadang jalan di Suwon. Sementara itu 2 lagi anggota kumpulan Ladies Code iaitu Rise dan So Jun dimasukkan ke hospital kerana kemalangan tersebut.
Ladies Code dianggotai oleh Ashley, Rise, Sojung, Zuny dan EunB. Kumpulan ini popular dengan lagu Bad Girl. Kemalangan berlaku ketika kumpulan Ladies Code dalam perjalanan menuju ke Seoul selepas selesai membuat persembahan di Daegu. Eun B meninggal dunia pada usia 22 tahun. Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 pagi waktu Malaysia.
 
Sama-samalah kita doakan agar ahli kumpulan Ladies Code yang lain segera sembuh dan pulih. Kepada ahli keluarga, sahabat handai dan rakan-rakan Eun B, semoga tabah menghadapi berita sedih ini.
sumber: http://beautifulnara.com/
0 Komentar untuk "Eun B Dari Kumpulan Ladies Code Meninggal Dunia Akibat Kemalangan"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info