Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Kanak-kanak mati ditinggal dalam kereta

SUBANG JAYA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dipercayai lemas di dalam kereta ibunya selepas ditinggalkan selama lebih lima jam, di sebuah sekolah, di sini, semalam.

Mangsa, Nawal Iris Shamsudin ditemui ibunya, Norzatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dalam keadaan kebiruan kira-kira jam 5.30 petang sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia.

Gambar Hiasan Sahaja

Sebelum kejadian itu, Norzatusy Hazwa menghantar adiknya di Lapangan Terbang Subang sebelum terpaksa bergegas ke sekolahnya untuk menghadiri mesyuarat.
Beliau yang tergesa-gesa dikatakan tidak menyedari anaknya tidur di bangku belakang kereta.

Apabila kembali ke keretanya, Norzatusy Hazwa terkejut mendapati anaknya terbaring di bangku belakang dalam keadaan kebiruan dan kaku. Mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

-Hmetro
0 Komentar untuk "Kanak-kanak mati ditinggal dalam kereta"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info