Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Suami mahu sambal Liyana

Pasangan merpati dua sejoli, Liyana Jasmay dan Fathuddin Mazlan yang mula melayari bahtera rumah tangga pada Februari tahun ini buat kali pertama merasai nikmat berpuasa bersama-sama.

Bersederhana tapi bersulam rasa teruja, kata Liyana, dia masih berusaha untuk menyesuaikan diri dalam kehidupan perkahwinan bersama insan tersayang.

Sempena kedatangan bulan Ramadan, pengalaman sulung bergelar isteri dan menjalani ibadah puasa di Kota Kinabalu, Sabah, menghadiahkan seribu satu rasa kepadanya."Sampai hari ketujuh puasa, saya masih belum memasak hidangan bersahur kerana tinggal bersama keluarga.


"Kebanyakannya sudah dimasak oleh ibu saya, tetapi apabila pulang ke Kota Kinabalu tugas saya sebagai suri rumah bermula."Suami ingin merasa air tangan saya memasak sambal sardin untuk bersahur. Memang dia seorang penggemar semua jenis sambal dan katanya, sekarang saya sudah lulus memasak sambal.

"Untuk juadah berbuka pula dia bukan seorang yang cerewet, ala kadar pun sudah memadai," katanya
Dalam pada itu, ujar Liyana, dia akan rehat seketika daripada dunia seni bagi memberi ruang kepada bulan Ramadan.

Bagaimanapun, sebagai duta Samsung, dia akan berulang-alik dari Sabah ke Kuala Lumpur jika diperlukan untuk kempen dan promosi produk dari Korea itu."Saya mengambil keputusan untuk berehat seketika sempena bulan Ramadan tahun ini, pembabitan saya cuma melibatkan kempen produk yang saya wakili.

"Lagipun, inilah masanya untuk meluangkan masa bersama suami.

"Kerja-kerja selebihnya akan disambung selepas Aidilfitri kelak iaitu setelah pulang dari Kota Kinabalu.
"Memang penat untuk berulang-alik tapi saya sudah biasa," tambah Liyana yang akan muncul menerusi telefilem raya NY Cinta.

Sudah bergelar seorang isteri selama lima bulan bagaimanapun tidak membataskan Liyana untuk menjadi dirinya yang sebenar, tetapi dalam masa sama Liyana akui suami tempat dia berkongsi rasa.
"Perangai gila-gila saya sebelum dan selepas berkahwin masih sama, inilah saya. Tapi kalau orang luar tengok suami saya seorang pendiam, namun sebenarnya dia sangat berbeza.

"Dia seorang yang sangat kelakar dan suka melawak, tetapi hanya dengan saya.
"Hidup saya sebagai isteri berbeza berbanding ketika bujang. Ini kerana kini saya sudah memiliki seseorang untuk bercakap, berkongsi perasaan, menjalani kehidupan bersama dan mempunyai matlamat untuk dicapai bersama," kongsi pelantun lagu Cinta Bersatu itu.


sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/index.asp
0 Komentar untuk "Suami mahu sambal Liyana"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info