Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Tiga maut kena kipas bot pancung


SEBAHAGIAN warga asing yang ditahan dalam serbuan di Pantai Ladang Rusa, Sungai Rengit, Kota Tinggi semalam.


JOHOR BAHRU - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua yang membuat operasi menangkap pendatang asing tanpa izin di Pantai Ladang Rusa, Sungai Rengit, Kota Tinggi semalam menemui tiga mayat termasuk satu mayat wanita yang dipercayai maut terkena kipas sebuah bot pancung yang merempuh mereka.
Timbalan Komander PPM Wilayah 2, Superintendan N. Kalai Chelvan berkata, ketiga-tiga mayat tersebut tidak mempunyai pengenalan diri namun mereka dipercayai rakyat Indonesia yang cuba masuk atau bolos dari negara ini secara tidak sah.
Sebelum itu, menurut beliau, seorang pegawai dan 10 anggota Markas Taktikal PPM Pengerang telah membuat serbuan di Pantai Ladang Rusa pada pukul 12.30 tengah malam dan berjaya menahan 45 orang warga asing yang terdiri daripada rakyat Indonesia dan Pakistan.
"Pecahan 45 orang yang ditahan ialah 36 lelaki Indonesia, seorang lelaki Pakistan dan lapan wanita Indonesia," kata beliau dalam satu kenyataan di sini semalam.
-Kosmo

0 Komentar untuk "Tiga maut kena kipas bot pancung"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info