Kekasih barunya yang dikenali sebagai Hanis Husna turut memuatnaik gambar mesranya bersama pelakon itu di akaunnya dan menyatakan bahawa Shahrizal kini telah putus tunang dengan Redzwani Puteri.
Amboi, bukan main cepat cari pengganti ya!
Rasanya, tak sampai dua minggu Redzwani mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak kisah dengan keputusan kes khalwat pelakon itu yang belum diputuskan sehingga ke hari ini. Tambahnya lagi, hubungan mereka juga masih baik.
Tindakan Shahrizal memuatnaik gambar terbaru itu mengundang pelbagai reaksi pengikutnya dan kebanyakan mereka menyuarakan rasa tidak puas hati dengan perkara itu.
Sementara itu, Redzwani menerusi laman Twitternya menyatakan bahawa dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku dan menyifatkan perbuatan mereka sebagai kejam.
Pada masa yang sama, dia turut meminta agar pihak di luar sana tidak bersimpati terhadapnya, sebaliknya kepada Shahrizal dan Hanis.
Persoalannya, adakah tindakan Shahrizal memuatnaik gambar tersebut dilakukan secara terburu-buru dan sengaja ingin menyakiti hati bekas tunangnya itu?
Ini kerana, gambar-gambar dia bersama Redzwani kira-kira dua bulan lalu masih belum dipadamkan di akaun Instagramnya.
Hai, tak tahulah kami nak cakap apa!
Rasanya lebih elok jika Shahrizal memaklumkan terlebih dahulu bahawa dia dan Redzwani sudah memutuskan pertunangan sebelum memuatnaik gambar bersama kekasih barunya itu kepada umum.
Ia secara tidak langsung memberi gambaran bahawa pelakon itu bukan sahaja tidak menghormati bekas tunangnya, malah juga keluarganya.
Apa pun, kita nantikan sahaja penjelasan Shahrizal nanti. Kami kongsikan sedikit gambar Hanis untuk tatapan semua.
-Mynewshub
0 Komentar untuk "Dicekup berseluar dalam, Shah Jaszle putus tunang, tayang awek baru"