Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Luahan Rakyat Malaysia Kepada Peniaga Juadah Bazaar Ramadhan 2014

Bazar Ramadhan, pastinya kita dapat membayangkan jualan pelbagai juadah makanan enak, bermula daripada kuih muih dan air, hinggalah ke juadah seperti nasi dan lauk-pauk untuk hidangan berbuka puasa.

Namun begitu, tidak semua makanan yang dibeli mampu memuaskan hati kita sebagai pelanggan. Pastinya ada satu atau dua jenis makanan yang boleh menimbulkan rasa geram di hati kita terutama dari segi rasa, harga dan kualitinya.

Baru-baru ini abang selebriti bermulut laser cik Azwan Ali turut menyatakan rasa ketidakpuasan hati beliau dengan peniaga di bazaar Ramadhan ini.

Walaupun bukan semua peniaga bersikap tidak jujur, ia sedikit sebanyak menjejaskan nama para peniaga lain.

Di bawah ini merupakan 16 pengalaman buruk pelanggan bazar Ramadhan yang pernah dikongsi di media sosial.

1. Ada la seorang makcik ni jual nasi daging. Kira dah nak habis dah nasi tu. Akulah pelanggan last dia, dia kata dia bagi nasi lebih la sebab nak habiskan terus nasi tu. Daging, kuah & sambal semua tu, 2 set dia buat untuk aku. Bila time nak bayar, harga pun dia lebih kan. Padahal bukan aku mintak semua tu lebih. Dah dia yang cakap dia nak bagi nasi tu lebih, aku ingat dia nak sedekah. – Ezul82

2. Rasa paling mahal kat pekan Nilai. Murtabak RM3 tapi nipis macam roti canai. Popia basah, satu seringgit. Ayam golek RM18/seekor tetapi besar macam anak ayam jer. Roti John RM5.50. Makanan kat pasar ramadan sini standard untuk orang kaya-kaya jer. – MaMuk

3. Beli nasi beriani + lauk kambing + ayam 2 ketul + daging masak kicap = RM20.00. Tapi nasi beriani sebungkus boleh dimakan 4 orang (2 dewasa + 2 kanak2) Lokasi Pinggiran Batu Caves. Orang yang duduk Sri Gombak, tahu nasi beriani pakcik ni. Tahun lepas RM7.00 sebungkus ayam dalam. Tahun ni tak sure sebab bini pergi beli. Baru beli last sunday. Yang teraniaya beli air tembikai (katanya) RM3.00 tapi berasa sirap. – Miloais

4. Pasar ramadhan Puncak Alam, popia goreng nampak macam sedap. 5pc RM3, sekali masa berbuka baru tau keras dia macam kayu. Inti dah berbau, ke tong sampah peginya. – Wulf888

5. Ini kes minggu lepas. Beli juadah berbuka siap2 utk ready berbuka dalam perjalanan dari kampung balik ke rumah. Beli putu piring RM3 5 keping je. Dari awal duk depan kedai die ade terbau macam bau masam. Tapi tak nak la berburuk sangka kat penjual. Beli jela sebungkus. Balik2 sampai kat rumah, berbuka puasa try 1 keping, suap je kat mulut terus terjuak. Memang dah basi rupanya. Rasa sume putu piring kat kedai die dah basi. Macam ini punya orang pun ada ke? Puuiihh! – Zfa85

6. Pasar Ramadhan Tanah Rata, Cameron Highlands.

Saya: kak bagi saya Sambal Bilis ni RM3.
Kakak tu ambiklah Sambal Bilis tu 1/2 sudu besar, lebih kurang 4 ekor bilis kat dalam tu.
Saya: kakak, saya nak RM3 sambal tu.
Kakak tu: Ini RM3 lah dik oi. Kata nak RM3 kan?
Saya: Takkan 3,4 ekor bilis jer kak? Saya nak makan dua orang. Tak apalah kak, saya tak jadi belilah. Maaf ya kak.
Kakak tu: Kalau tak nak beli sudahlah.
Itulah ceritanya. – Niks

7. Aku plak beli murtabak RM3. Nampak tebal tapi masa makan, bau cam longkang dan bau taik kucing. Beli plak ABC tapi isi takde, banyak ais je. Beli air bandung cincau dan katira rasa sepesen je. Beli onde2 tapi liat cam getah. Beli nasik kukus tapi nasik cam bubur. Last2 aku pergi bazar ramadan beli durian. 5 bijik RM10. Berbuka dengan durian je. Tak selera makan lepas banyak kali terkena. Memang sampah la. Aku sokong kata2 Azwan. – Tidusz

8. 1) Lokasi: Segambut SPPK
Kedai: Kedai air depan nasi briyani
Hal: Air tembikai tapi rase sebijik mcm sirap Tesco.Untuk tidak berlaku adil aku bancuh sirap tesco dan mmg pasti rase air tembikai.

2) Lokasi: Jalan Kuching
Hal: Ayam percik seketul RM6. Mau tak tergezut aku..ho3. Kedai: Tak ingat sangat. Kat belah tengah bazar Jalan Kuching tu – Chesnatezs

9. Kadangkala terpikir dari tolong beli kat bazar yg entah apa2 baik beli kat makcik2 jual juadah berbuka kat tepi2 jalan. Orang tua buat lagi ikhlas dari orang muda yg pikir untung jer. (Baca : bukan semua). Kat tempat saya nie, makcik jual tepi jalan kuih semua RM1 4 biji. Sedap lak tu. Kena bazar Ramadhan RM1 3 biji. Ada yang jual RM2 5 biji. Adeh. Rasa entah apa2. Hakikatnya Allah mmg saja uji kita bulan Ramadhan nie – Miejoo

10. Puasa kedua. Beli ayam masak merah kat bazaar ramadhan. Rasa lauk recycle. Lokasi dirahsiakan. Conclusion, masak sendiri. Tetapi bila muhasabah diri semula. Maybe ada benda yang tak kena dgn diri sendiri. Kena check and balance. Sepatutnya kena ada rasa kenikmatan dalam berbuka puasa. – Jaws Am

11. (a) Bazar Tasek, Bandar Seri Alam, Masai, Johor. Beli murtabak daging, RM5. Rasa macam haram, daging ciput, taruk lada hitam bebanyak plak tu. (b) Bazar Pasar Tani Bukit Gambir Ledang, Johor. Beli Roti John ayam dengan harga RM4. Rasa macam haram gak, macam makan roti john telur je. Sepotong daging ayam pun takde. Kucing aku yang kebulur nak makan pun takde selera. Jilat 2 3 kali dah tak nak makan.

12. Pasar Ramadhan Nilai (depan masjid baru). Murtabak nampak sedap time dia goreng. Balik makan, punyalah masin. Beli mee dan kuaw teaw talam. Campur. Bila balik mee ok. Kuew teaw basi, macam semalam punya. Harga plak standard hotel 5 bintang. – Zerodecibal

13. Aku harini tak puasa, gara-gara semalam keracunan makanan, malam semalam dah la perut memulas, buang air sembelit pulak tu, keras terus perut, bangun pagi demam. entahla racun apa yang aku beli kat bazar ni si peniaga jual. aku ni jenis makan tak tengok apa dah, kalau ada telur lalat ke, ulat lalat ke, aku telan je – The One

14. Bazar Sepang, murtabak daging dgn ayam xde beza. telur je semua. harga 3hinggit sekeping. beli 3 keping. tawar hebey… mengomel aku depan rezeki. Pada sape2 yg agak2 nak sakit perut tu, makan charcoal 2 bijik. insyaallah boleh meredakan keracunan yg dialami. ingat ye, disebabkan keracunan, bukan terlebih makan. – Youjinn

15. Hari pertama berbuka dengan sup dari bazaar ramadhan. Rasa sup tawar kemain. Rasa air jer. Hari kedua berbuka pula dengan ayam golek. Sama jugak tawar, rasa macam ayam dibakar tanpa rempah apa-apa. Hari ketiga, cuba beli sup dari gerai lain pula. Sama juga, cuma ada sikit rasa sup dan daging lebih walau pun murah dari yang 1st day. Hari ke-empat, goreng ayam sendiri. Puas hati. Hari ke-5, gi pasar malam. Beli makanan dari pasar malam sedap lagi. Lepas tu, walau simple macam mana pun, masak sendiri lagi best. – Qwerty79

16. Baru2 ni beli nasi pataya…cilakak tol nasi tu sejuk..telur selaput tu je yg panas. Bau dari peti ais… Air pulak sgt kelakar, air jual kat bazar ni rasa mcm nak buang je…tawar + gula pon xde rasa..ni semua kes nak jimat cost dan tambahkan keuntungan…salah majlis Perbandaran gak sebab letak hrga tapak tinggi.. – Vadeh
sumber:kezoom
0 Komentar untuk "Luahan Rakyat Malaysia Kepada Peniaga Juadah Bazaar Ramadhan 2014"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info