Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Bangganya.. Orang Hong Kong Puji Malaysia Hebat


Siapa tak bangga bila tanah air tercinta dipuji orang negara luar bukan?

Atas sebab itu pengguna Facebook Hafidz HM berkongsi kenyataan yang amat membanggakan daripada rakannya di Hong Kong yang mengikuti perkembangan semasa Malaysia.

Rakan Hafidz dikatakan telah meluah kekagumannya pada negara kita kerana begitu gagah menyelesaikan satu persatu isu besar yang menimpa negara termasuk melibatkan pesawat MAS dan pemisah Moro.

Sebagaimana kita tahu, kejayaan terbaru negara kita menerusi usaha Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak adalah meyakinkan puak pemisah di Ukraine untuk memberikan kotak hitam pesawat MH17 untuk siasatan dan mengembalikan mayat mangsa nahas pesawat kepada Malaysia.

Rakan Hafidz turut memuji Malaysia kerana lantang memperjuangkan keadilan sejagat di Palestin dan Syria selain menjadi pemimpin negara Islam.

Lihatlah, warga negara luar pun tahu menghargai dan mengagumi usaha serta kejayaan Malaysia sedangkan di sini, ada pula puak yang kerjanya asyik mencari kelemahan negara untuk diuar-uarkan kepada orang luar. Sedih kan? 
sumber:- MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk " Bangganya.. Orang Hong Kong Puji Malaysia Hebat"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info